in

“Terima gambar tak senonoh” – Guru Penolong Kanan Ditahan, C*bul Murid Tahun Enam

Untitled Design 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis menahan seorang Guru Penolong Kanan, yang dipercayai mencabul seorang murid tahun enam di sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak.

Kes ini disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, yang mendedahkan suspek berusia 37 itu melakukan perbuatan tidak senonoh dengan perbuatan sentuhan fizikal dan turut menghantar gambar yang tidak senonoh.


“Pengadu melaporkan anak perempuannya yang berusia 12 tahun telah dipeluk dan dicium serta menerima gambar tidak senonoh daripada suspek yang baru lapan bulan bertugas di sekolah berkenaan” 

51728874973 Azizimataris
Ketua polis perak, datuk azizi mat aris

Artikel berkaitan :  Guru Wanita Didakwa Cabul Murid, Kementerian Pendidikan Akan Ambil Tindakan Jika Didapati Bersalah

Artikel : Lapor kes cabul 2 tahun lalu jam 2.30 pagi, 2 Pelajar Disyaki Terlibat, Ini Kronologi Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada ibu mangsa pada jam 3 petang, Jumaat lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh membuat tangkapan terhadap suspek untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Isnin.

Menurut Azizi, siasatan mendapati suspek masih bujang dan pihak polis tidak terima laporan lain berhubung gangguan seksual melibatkannya.

 

Screenshot 2024 10 14 At 11.52.18 Am
Gambar hiasan

Bagaimanapun, difahamkan guru itu telah beberapa kali melakukan perbuatan terbabit yang hanya melibatkan seorang mangsa.

“Suspek yang tiada rekod jenayah direman selama enam hari bermula Sabtu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Media pada Ahad melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia memberi khidmat kaunseling kepada mangsa yang dilaporkan mengalami gangguan seksual oleh guru terbabit.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.