in

“Teriakan maut ni”- [VIDEO] Gelagat Sekumpulan Budak Perempuan Jerit Ketika Dikejar Anjing Bikin Ramai Terhibur

f1 anjg stray

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang dikejar anjing? Tengah syok-syok jogging dekat area taman, tiba-tiba ada anjing pulak yang kejar korang. Bila dah gelabah. Mesti la time tu kita fikir nak lari je kan.

Namun, lepas ini, jika korang berhadapan dengan situasi yang sama, mungkin boleh guna cara yang digunakan oleh sekumpulan budak perempuan ini ketika dikejar atau diganggu oleh anjing liar.


Lihat dulu video TikTok yang dikongsikan oleh ulummudin828 ini.

@apron_galery

♬ suara asli – ulummudin 26 – Apron Galery

Dalam video yang berdurasi selama 15 saat itu, dapat dilihat pada mulanya budak-budak perempuan dalam video berkenaan, ada beberapa orang pelajar lelaki telah dikejar anjing dan mereka lari bertempiaran.

Manakala enam orang budak perempuan itu pula sedang bersandar pada dinding di laluan budak-budak lelaki tadi berlari.

anjg 5

Jadi, bila pelajar lelaki dah berjaya loloskan diri dari situasi tu, tiba-tiba anjing tu tukar target kepada budak-budak perempuan tu pula.

Yang kelakarnya, budak-budak perempuan tu tak lari pun, sebaliknya kesemua mereka hanya bertindak untuk berpelukan dan menjerit sekuat hati dengan harapan anjing tu akan lari.

anjg 6

Lagi ajaib, anjing tu memang lari lepas dengar ‘teriakan maut’ daripada geng budak perempuan tu tadi.

Video yang kini telah meraih tontonan sebanyak 14.5 juta itu juga telah mendapat pelbagai komen lucu daripada netizen.

anjg 2

anjg 3

anjg 4

Ha, jangan main-main dengan jeritan perempuan tau, anjing pun boleh takut tau.

Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata popular kartun WonderPet, ‘Apa yang penting, kerjasama!’

Baca: Ikut 5 Langkah Ini Untuk Kawal Situasi Jika Berhadapan Dengan Anjing

anjg 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.