Semalam viral gambar mayat lelaki tertiarap dan berlumuran darah berhampiran dengan beberapa tandan pisang nangka di perkarangan sebuah rumah dekat Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang.
Menurut Berita Harian, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang tu, orang ramai kemudian mula buat spekulasi yang lelaki berusia dalam lingkungan 30an tu mati sebab dibelasah lepas dia kantoi mencuri pisang.

Dakwaan tersebut mula tular sebab rumah tu dikatakan milik seorang peniaga pisang. Tapi, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis belum boleh mengesahkan dakwaan tu.
“Ketika ini, punca kematian dan motif kejadian masih dalam siasatan. Mengenai dakwaan yang tular di laman sosial mengatakan mangsa dibelasah kerana mencuri pisang, kita masih menjalankan siasatan.”
Mayat lelaki tu telah pun dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat. Sesiapa yang kenal dengan individu tu atau ada maklumat, boleh pergi inform dekat balai polis berdekatan.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”
Ramai netizen yang baca posting mengenai kes ni dekat Twitter tak setuju dengan tindakan orang kampung yang sesuka hati nak hukum sendiri dengan belasah lelaki tu (kalau betullah dia mati sebab mencuri).
Dorang kata, negara kita ni ada undang-undang dan tiada sesiapa pun yang ada hak untuk bertindak membabi buta macam tu. Iyelah, kalau betul dia mencuri sekali pun, serahkan terus dekat polis, biar dorang yang settle kes ni.


Kalau betul dia mati sebab kena belasah dengan orang kampung tu, memang tak patutlah. Walaupun dia yang salah sekalipun, serahkan jela dekat polis sebab negara ada undang-undang. Masing-masing sibuk nak jadi hakim!
Baca: Lelaki Mati Dibelasah Kerana Keluarga Kekasih Tidak Restui Hubungan Cinta Berlainan Bangsa