Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-60 tahun ditemui meninggal dunia di hadapan pintu masuk ruang mesin ATM dekat sebuah cawangan bank di Kota Kemuning, Shah Alam awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihak polis menerima laporan daripada orang awam berhubung dengan seorang lelaki ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 7.29 pagi.
Artikel Berkaitan : Mesin ATM Atas Gunung Ini Diiktiraf Paling Tinggi Di Dunia, Terletak Pada Altitud 4,693 Meter
Artikel Berkaitan : Perompak Didakwa Rosakkan Mesin ATM, Curi RM47K Dari Warga Emas
“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia sekitar 50-an ke 60-an itu berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM dipercayai dalam keadaan mabuk pada jam 11.48 malam, semalam.”
“Pada 12.01 tengah malam, pintu ‘shutter’ (gelangsar) ruang mesin ATM itu tertutup secara automatik menyebabkan leher mangsa tersepit antara pintu shutter dan lantai sebelum ia terbuka (secara automatik) semula pada jam 6 pagi.”
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.”
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1742076104037544102
Jelasnya lagi, hasil pemeriksaan ke atas badan si mati mendapati bahawa mangsa tiada kecederaan lain. Malah, si mati juga tidak mempunyai sebarang dokuman pengenalan diri dan tiada unsur jenayah dalam kes ini.
“Siasatan dijalankan sebagai kematian mengejut (Sudden Death Report) dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul di talian 012-3630512.”
Sebelum ini, tular beberapa gambar menunjukkan seorang lelaki dipercayai sudah meninggal dunia terbaring di hadapan sebuah bank di Kota Kemuning.
Sumber : Berita Harian