Sebuah pesawat kargo milik DHL telah terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose, Costa Rica baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku ketika pesawat kargo itu melakukan pendaratan kecemasan kerana masalah hidraulik yang tidak berfungsi. Akibat daripada pendaratan kecemasan itu, ekor pesawat telah patah dan hampit terpisah dari badan pesawat.
Sekumpulan anggota bomba dan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran. Pihak penyelamat juga melaporkan tiada sebarang kematian berlaku akibat nahas itu.
Juruterbang dan anak kapal yang berada dalam pesawat itu telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, hanya juruterbang yang mengalami masalah concussion manakala dua anak kapal yang lain selamat.
Menurut CBS News, kegagalan hidraulik untuk berfungi adalah punca utama pesawat itu terbabas ketika melakukan pendaratan.