Dalam dunia serba serbi moden ni, ia menjadi satu kepentingan untuk semua orang fasih dalam Bahasa Inggeris. Kalau tak tahu bercakap English, nanti adalah yang panggil kita mundur atau kurang ‘educated’.
Tapi nak cakap English ni bukan senang, nak kena ada level confident yang tinggi. Sebab tu lah ramai yang malu-malu bila suruh ‘speaking’. Tapi lain pulak dengan pelumba basikal dari Terengganu ni. Dia langgar je ‘speaking’ English walaupun ada slang Ganu! Wow!
“Level konpideng die cakak tu tinggi. Teranu ori boh!”
Menerusi satu video yang viral di Twitter, pelumba Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Salleh telah dirakam bercakap dengan seorang pemberita dalam Bahasa Inggeris.
Meskipun English Harrif kedengaran pelik sebab mempunyai slanga Terengganu, tapi level keyakinannya dalam bertutur dalam bahasa tersebut memang dipuji ramai!
Level konpideng die cakak tu tinggi. Salute Harris! Teranu ori boh! pic.twitter.com/rD0Ga8N1x9
— MYtehOais (@my_tehoais) February 13, 2020
“Ni baru betul kecek jah inggeris takut gapo gakkk. Bunyi slang sendiri tu tunjuk kita punya jati diri”
Rata-rata netizen yang melihat video Harrif ni memang salute habislah dengan atlet tersebut sebab dia tak malu-malu nak menunjukkan jati dirinya sebagai orang Terengganu.
Malah ada juga yang cakap, level confident Harrif ni boleh jadi inspirasi kepada mereka kat luar sana yang tak ada keyakinan nak bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Harrif bukan pelumba basikal biasa
Bagi yang tak tahu, Harrif ni bukan calang-calang pelumba basikal ye. Pada acara Le Tour de Langkawi 2020 ni, nama Harrif menjadi sebutan ramai apabila dia telah muncul juara Peringkat 5 LTdL 2020, lapor Harian Metro.
Saingannya membabitkan laluan sejauh 165.8 km dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh dengan catatan masa sebanyak 39 minit 42 saat.
Dia juga telah mengalahkan pelumba NTT Pro Cycling Team, Maximilan Walsheid dan Matteo Pelucchi dari Bardiani CSF Faizane yang mendapat tempat kedua dan ketiga.
All the best Harrif! Semoga terus berjaya.