in

Tentera Isr*el Rampas Kapal Bantuan Ke Gaza Yang Dinaiki Greta Thunberg, Segala Komunikasi Kini Terputus

greta thunberg madleen dirampas israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu lagi berita mendukacitakan pada pagi ini apabila kapal bantuan Madleen yang dalam perjalanan ke Gaza dan membawa beberapa aktivis kemanusiaan termasuklah Greta Thunberg telah dinaiki dan dirampas oleh tentera Israel.

Menurut Freedom Flotilla Coalition (FFC), komunikasi dengan kapal Madleen dilaporkan terputus selepas ia dinaiki oleh tentera Israel.


Tentera Israel telah menaiki kapal dan kami kehilangan hubungan dengan Madleen,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan di Telegram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Greta Thunberg (@gretathunberg)

Artikel berkaitan: ⁠Sebagai Tanda Sokongan, Mexico Iktiraf Dan Terima Duta Palestin

Artikel berkaitan: Laporan Undang-undang Terhadap Israel Akan Dibentangkan Di Kesatuan Eropah Bulan Ini

Terdahulu, kapal Madleen yang berlayar di bawah bendera Britain telah bertolak dari Sicily pada 6 Jun lepas dengan tujuan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dan mencabar sekatan laut Israel ke atas Gaza yang telah berkuat kuasa sejak sebelum perang Israel-Hamas lagi iaitu pada Oktober 2023.

Israel juga sebelum itu telah berikrar akan menghalang kapal tersebut daripada sampai ke Gaza. Perkara ini dinyatakan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz yang memberitahu bahawa sekatan laut adalah perlu bagi menghalang penghantaran senjata kepada Hamas.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Israel juga berkata, kapal tersebut kini sedang ditarik ke pantai Israel dan penumpangnya akan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Madleen dilaporkan membawa bekalan bantuan simbolik termasuklah beras dan susu formula bayi, yang kini akan disalurkan ke Gaza menerusi bantuan rasmi Israel.

Dengan rampasan kapal tersebut, ketegangan di antara Israel dan aktivis pro-Palestin dikatakan semakin meningkat dan ramai di kalangan netizen telah meluahkan sokongan dan rasa bimbang mereka terhadap aktivis yang menaiki kapal tersebut.

Sama-samalah kita doakan semoga aktivis yang terlibat tidak diapa-apakan dan semoga bantuan sewajarnya sampai ke rakyat Gaza. 

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.