Ramai juga kanak-kanak yang bosan duduk di rumah sepanjang tempoh PKPB. Sebelum ni boleh pergi sekolah dan main dengan kawan-kawan, sekarang kena terperap dekat rumah sebab lebih selamat.
Jadi, @DrRozanizam yang juga merupakan seorang ayah telah berkongsi di Twitter tentang anak-anaknya yang mahu berkhemah. Namun, sebab PKPB ni, dorang telah menyalakan unggun api ala-ala camping di depan rumah. Kreatif betul keluarga ni kan.
"Babah, jomlah pergi camping"
PKPlah…
"kata nak ajar Naufal buat unggun api…"
Baiklah..
Babah dah tua nanti, kau tak jaga babah ngan ummi siap! pic.twitter.com/7FuJFneVIa
— Rozanizam Zakaria (@DrRozanizam) May 29, 2020
Jadi, Dr Rohanizam telah kongsikan gambar aktiviti campfire mereka di Twitter. Rata-rata netizen memuji inisiatif lelaki tersebut untuk menghilangkan kebosanan anak-anaknya.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah mereka ternampak macam ada bayangan hitam dekat tingkap jiran depan rumah tersebut.
Ada juga yang bersangka baik. Mungkin jiran tu baru lepas mop rumah, jadi dia gantung lah mop tu dekat tingkap untuk dikeringkan.
Namun, menurut Dr Rohanizam, dia sendiri pun tak nampak ada ‘benda’ hitam dekat tingkap tersebut sehingga lah ada netizen yang perasan, lapor mStar. Katanya, mungkin tu batang mop je dan takde kaitan dengan makhluk halus.
Ada logiknya jugak tu kan.