Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali sebagai NDT adalah satu bentuk pengujian bahan/komponen tanpa memusnah, merosak atau mengubah struktur bahan tersebut.
Menurut Jabatan Pembangunan Kemahiran, NDT digunakan secara meluas di dalam sektor industri minyak dan gas, pembuatan, perkapalan, aeroangkasa, landasan keretapi serta loji kuasa. Mereka yang berada dalam lapangan ini dikenali sebagai NDT Technician.
Baru-baru ini, sebuah video telah tular di media sosial TikTok yang memaparkan seorang NDT Technician wanita berada di puncak Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang difahamkan sedang melakukan kerja-kerja penukaran lampu.
https://www.tiktok.com/@siva_wwc6/video/7160560454572510490?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7143429470309172738
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @siva_wwc6 itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata kagum dengan keberanian wanita tersebut walaupun kerja-kerja sebegitu lebih sinonim dengan kaum Adam.
Beliau tampak tenang malah sempat melambai tangannya ke arah kamera drone yang sedang merakam kerja-kerja pembaikan tersebut.
“Aku yang ketar lutut tengok”
Keberanian wanita tersebut menarik perhatian ramai netizen malah setakat artikel ini ditulis, jumlah tontonan video tersebut sudah mencecah 1.7 juta walaupun tidak sampai sehari ia dimuat naik.

Di dalam ruangan komen, terdapat perkongsian akaun TikTok wanita hebat tersebut dan beliau banyak berkongsi pengalaman kerja-kerjanya menerusi TikTok miliknya itu.
@mayasidek nak kawan ke?
Memang hebat! Salute!
Baca: Pengantin Perempuan Ini Curi Tumpuan Ramai, Datang Ke Majlis Kahwin Dengan Pandu Traktor!

