in

Tengah Bermesej Tiba-Tiba 4 Jam Sepi, Wanita Terus Hantar Dron Ke Rumah Kawan Sakit Jantung

dron sakit jantung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak risau bila orang tersayang jatuh sakit, kan? Tak kiralah orang tu ibu bapa ke, pasangan ke mahupun rakan sendiri pun dah boleh buat kita tak senang duduk lebih-lebih lagi kalau orang itu ada sakit yang kronik.

Bercakap mengenai kerisauan terhadap orang tersayang, min nak kongsikan satu kisah heartwarming yang berlaku di China baru-baru ini. Akibat risaukan kesihatan seorang rakannya yang baru disahkan sakit jantung, seorang wanita telah menghantar dron ke rumah rakannya itu untuk memeriksa keadaannya.


Sumber melaporkan, rakan yang mempunyai masalah jantung itu dikenali sebagai Wan berkata, dia dan rakannya sedang berbalas mesej sekitar jam 7 pagi pada 22 Oktober lalu. Pun begitu, selepas rakannya meminta Wan ke farmasi untuk mengambil ujian dan ubatan, Wan telah terlupa untuk membalas mesej berkenaan selama empat jam berikutnya.

Drone e1667105646357

Wan difahamkan hanya menyedari dia terlupa membalas mesej rakannya selepas melihat ada dron terbang di hadapan tingkap apartmentnya.

“Rakan saya risau sangat tentang keadaan saya. Walaupun kami tinggal berdekatan, dia putuskan cara paling cepat dan efektif untuk periksa keadaan saya adalah dengan menggunakan dron milik suaminya,” kata Wan.

Jelas Wan lagi, selama empat jam dia tidak membalas mesej itu, rakannya tidak putus-putus menghantar mesej akibat terlalu risaukan dirinya.

Kisah terbabit telah mendapat perhatian netizen China setelah dikongsikan ke media sosial disana. Rata-rata pengguna menganggap Wan bertuah kerana mempunyai rakan yang sangat baik dan boleh diharapkan.

Sumber: Daily Star

Baca: “Jadi pertunjukan cahaya”- Romantik Habis! Lelaki Di Singapura Lamar Kekasih Guna 150 Buah Drone

f3 lamar drone e1667104174314

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.