Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita telah bertindak di luar kawalan apabila mereka membuat kecoh di hadapan pintu sebuah mall di Kuala Lumpur.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat geng ‘mak nyah’ berkenaan telah menendang dan menghinggut pintu masuk mall berkenaan serta menjerit minta ia dibukakan.
Artikel berkaitan: “Dah beli barang nikah” – Bekas Mak Nyah Teraniaya, Dapat Tahu Buah Hati Rupanya Isteri Orang
Artikel berkaitan: “Bapa aku buat sungai ni” – Lelaki Mengamuk, Dakwa Pemancing Ceroboh Sungai Miliknya
https://twitter.com/IniAlalalannn/status/1756997237740315057
Tak cukup dengan itu, kedengaran salah seorang daripada mereka menyebut, ‘Aku pondan oversea’ sambil mengutip wang yang telah dicampakkan ke atas jalan.
Turut kelihatan di dalam video itu juga, seorang wanita cuba menenangkan kumpulan berkenaan yang cuba membuat kacau namun usaha tersebut tidak berjaya.
Sehingga setakat ini tidak dapat dipastikan lokasi sebenar dan tarikh serta masa kejadian itu berlaku. Malah belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.
Harap-harap tak ada apa-apalah ye. Tak baik gaduh-gaduh depan kedai orang.