in

Tenang Dapat Dekat Dengan Kaabah, Nazim Othman Beri Respon Dibandingkan Dengan Hafiz Mahamad

Untitled design 75

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama influencer serta usahawan Hafiz Mahamad menjadi bualan ramai susulan tindakannya yang membuat kecoh di kawasan Kaabah bagi membolehkan pekerjanya mencium Hajar Aswad.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri, hukum mencium Hajar Aswad itu sunat serta boleh jadi haram jika menyebabkan kesakitan dan membahayakan kepada diri sendiri dan orang lain.


Sejak beberapa hari lalu, sebuah video kembali tular di media sosial yang memaparkan pelakon terkenal tempatan iaitu Nazim Othman berkesempatan mencium sisi lain Kaabah iaitu Penjuru Yamani dengan tenang sambil tersenyum.

Video berkenaan kemudiannya dibandingkan dengan video influencer tersebut serta rata-rata memuji ketenangan pelakon Dejavu Di Kinabalu itu.

“Niat tu hanya Allah yang tahu”

Susulan tular video tersebut, Nazim Othman berkata dia menganggap itu rezeki buatnya serta enggan memberikan sebarang komen apabila dibandingkan dengan Hafiz Mahamad.

@buletin.tikt0k

credit : youtube tv3malaysia #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas

♬ original sound – Meloda?? – buletin.tiktok ?️?

Nazim juga berkata, video lamanya yang kembali viral itu membuatkan ramai yang lebih cakna tentang keadaan di tanah suci itu dan secara tidak langsung dapat mengajak orang ramai untuk beribadah di sana jika terdapat peluang.

“Walaupun saya ni pendosa, Allah mudahkan urusan aku. Bagi saya keikhlasan tu penting lah, buat influencer tu bukan saya kata dia tak ikhlas, bukan position saya untuk menentukan keikhlasan seseorang,” katanya.

Selain itu, Nazim turut berkongsi dia berasa terharu apabila ramai yang memberikan komen positif buatnya dan menganggap ianya satu ‘teguran kecil’ daripada Allah agar tidak dia menyimpang.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.