in

Temui Petunjuk Baharu, Polis Siasat Suspek Culik Albertine Leo Mungkin Seorang Pedofilia

Kes Culik Albertine Leo Motif Pedofilia

Terdahulu, media melaporkan polis telah menahan semula suspek yang terlibat dengan penculikan kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui yang hilang di Iskandar Puteri, 20 Julai lalu.

Tangkapan itu dibuat bagi membantu siasatan susulan penemuan alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan-bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek dekat Kulai, Johor.

Memetik laporan, siasatan polis mengenai kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun itu, kini menjurus kepada kemungkinan ia bermotifkan isu pedofilia.

Artikel berkaitan: Albertine Leo Disatukan Dengan Keluarga, Saudara Kongsi Gambar Dengan Kanak-kanak Hilang

Artikel berkaitan: Albertine Leo Ditemui Selamat, ‘Disorok’ Penculik Dalam Hotel Bajet Dekat Batang Kali

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, pihaknya yakin dapat mengenal pasti motif sebenar penculikan itu dalam masa terdekat.

“Kita sudah dapat petunjuk baharu selepas ‘sex toys’ dan semua yang ditemukan itu, jadi siasatan akan menjurus ke arah itu.

“Kita harap dapat mengenal pasti motif sebenar (penculikan) dalam masa terdekat. Proses (siasatan) sedang berjalan,” katanya.

Whatsapp Image 2024 08 05 At 11.51.27 0Da591Ed 681X318 1

Pada masa sama, Kumar berkata, walaupun tangkapan semula dibuat terhadap suspek berusia 31 tahun itu mengikut seksyen yang baharu, siasatan menggunakan Seksyen 364 Kanun Keseksaan sebelum ini masih diteruskan.

Sementara itu, Kumar turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan ahli keluarga mangsa telah menarik semula laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.

“Tiada laporan polis yang ditarik, kes ini sedang disiasat dan proses siasatan berjalan seperti biasa. Siasatan awal juga mendapati suspek bertindak seorang diri dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan jenayah,” ujarnya.

Difahamkan, empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman terhadap mereka tidak disambung.

Sumbe: Sinar Harian, Harian Metro