in

“Tempat riadah pun banyak penyangak” – Lelaki Aneh Ekori & Cuba Buka Pintu Kereta Gadis Di Taman

Lelaki Taman Tasik Shah Alam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak perkara yang tidak dapat dijangka, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan keselamatan. Itulah yang terjadi kepada seorang influencer apabila dia telah menjadi mangsa lelaki aneh yang bertindak mengekorinya di tempat awam.

Hanis Rathi melalui Instagram miliknya berkongsi perkara itu, difahamkan kejadian seram itu berlaku di Taman Tasik Shah Alam (Tasik Tengah), Seksyen 14, Shah Alam.


Clipboard0 Vert

Menurutnya, lelaki berkenaan mengekorinya dan cuba untuk membuka pintu keretanya. Mujur, dia jadikan kebiasaan untuk mengunci pintu sejurus masuk ke dalam kereta, tidak kira apa jua keadaan pada ketika itu.

“I perasan, dia perhati I ngan kawan I (Mayra) berjalan ke parking selepas kami bayar kat kaunter kedai kopi tu.

I ingatkan dia tengok kami pelik sebab I full face makeup (maybe dalam hati dia, tudiaaa aihhh mekap tebai 10 inci aih pompuan nih), rupanya bukan ya,” tulisnya.

Dia memberitahu dalam keadaan yang cemas rakannya yang ada di situ berdiri seolah memberi signal yang ada sesuatu terjadi.

Ighr

Lelaki berkenaan cuba membuka pintu keretanya lalu dia menekan hon secara berkali-kali dan lelaki tersebut pura-pura terkejut lalu menjauhkan diri dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Hanis juga berpesan kepada semua agar sentiasa berhati-hati dan sentiasa membawa apa-apa yang boleh menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan.

Take care semua! 

Baca: “Nak joging pun tak selamat” – Polis Buru Suspek Cubaan Merogol Di Taman Tasik

Cubaan Rogol Taman Tasik

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.