Baru sahaja ditayangkan di saluran TV3, drama ‘Surat Dari Tuhan’ menjadi bualan ramai susulan beberapa klip yang memaparkan dialog yang dianggap melampau.
Menerusi klip promo yang tular itu, dapat dilihat penggambaran beberapa babak dalam drama terbabit dijalankan di Tanah Suci.
Lebih memeranjatkan apabila beberapa dialog yang dipertuturkan oleh pelakon disifatkan tidak menghormati Tanah Suci, Mekah.
Artikel berkaitan: “Takkan takde yang sedar?” – Guna Dialog Makam Rasulullah Di Mekah, Drama ‘Surat Dari Tuhan’ Kena Kecam
Rasanya tak boleh kan ‘skrip’ macam ni? Even hanya lakonan dan tak berniat tetap tak boleh kan? Mohon pencerahan. pic.twitter.com/QoprzTrH1m
— AL (@ciraplaici) October 30, 2023
Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun yang tampil mengkritik babak drama Melayu tersebut.
“Lakonan tersebut dibuat di sebuah hotel di Tanah Suci yang nampak latar belakang Masjid Nabawi. Saya terkejut macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam ini, menggunakan makam Nabi.
“Walaupun dia tak bersumpah, tidak wajar perkataan itu dijadikan sebagai dialog. Sedangkan kita diajar jaga lidah, jaga akhlak dan perbuatan ketika di Tanah Suci,” katanya menerusi live di TikTok.
@izamuhamad_tt Teguran kasih sayang dari ustazah dan kami #dramatv3 #suratdarituhan #tv3
Beliau turut mempersoalkan etika seorang pelakon Islam terutamanya apabila memilih untuk meneruskan dialog seperti itu sedangkan secara jelas ia merendahkan martabat agama suci Islam sendiri.
“Mana etika ketika melakonkan babak di Tanah Suci dan tak berasa bersalah ke masa nak merakamkan babak ni?
“Tempat yang paling suci dan indah seluruh umat manusia yang dambakan pergi, kenapa nak masukkan dialog seperti ini.
“Sedangkan nak berkata-kata perkara baik pun kita tak mampu nak cakap depan Makam Rasulullah,” tegurnya yang turut mengakui menggeletar mendengar dialog itu.
Tegasnya, meskipun dikatakan lokasi tersebut tidak dilakukan di Tanah Suci, dialog itu juga tetap tidak wajar dipertuturkan.
Dalam pada itu, beliau turut menegur pihak produksi agar meneliti drama tersebut terlebih dahulu sebelum dipertontonkan supaya sensitiviti umat Islam dijaga.
Sumber: TikTok