in

“Tempat ni memang bahaya” – Ajal Tidak Disangka, Wanita Tergelincir Ketika Bergambar Di ‘Blue Lagoon’

Untitled Design 2022 04 13T163135.000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah tasik di Johor pernah menjadi satu lokasi yang tidak putus dengan pengunjung oleh kerana keindahannya yang luar biasa, tasik tersebut dikenali sebagai ‘Blue Lagoon’ atau Tasik Biru kerana airnya yang berwarna biru.

Tasik yang terletak di Kangkar Pulai kira-kira 45 minit dari Johor Bahru itu, difahamkan telah ditutup kerana keadaan tanah di situ agak berbahaya.


Malang tidak berbau

Niat ingin bergambar berlatar belakangkan pemandangan indah tidak kesampaian, seorang wanita ditemui maut selepas terjatuh ke dalam tasik tersebut dari ketinggian 25 meter dalam satu kejadian, petang semalam.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1514027707427819522?s=20&t=oRYNJq9oCtT-iuFyqMHKNA

Dalam laporan Kosmo!, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Suraini Adnan memberitahu, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 3.06 petang sebelum 11 pegawai dan anggota beserta tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggotanya mendapati seorang wanita berketurunan India telah terjatuh dari tebing tasik berkenaan dengan ketinggian kira-kira 25 meter dan menemui mangsa telah meninggal sekitar kawasan anak sungai berhampiran tebing tasik.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai V. Aruna dan berusia 25 tahun disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam laman Twitter, netizen juga berkongsi bahawa tempat itu memang berbahaya malah ia juga telah lama menjadi kawasan larangan.

Bluelagoon

Semoga menjadi iktibar buat kita semua.

Baca: HATI-HATI, Ini Senarai ‘Hot Spot’ Kerap Berlaku Kejadian Mati Lemas Dari Jabatan Bomba

Untitled Design 2022 04 13T162913.544

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.