Satu kejadian kemalangan maut berlaku berhampiran Kolej MSU, Shah Alam, Selangor pada Selasa kira-kira jam 2.48 petang.
Kemalangan itu membabitkan seorang penunggang motosikal dan sebuah treler dan mangsa yang disahkan meninggal dunia difahamkan baru selesai menghantar anaknya ke sekolah.
Bagaimanapun, ada kisah sedih yang berlaku di sebalik kemalangan tersebut. Kejadian itu dikongsikan oleh salah seorang saksi yang juga merupakan pelawak, Nizam Jentik Jentik menerusi satu hantaran di Facebook.
Artikel berkaitan: “Man… ayah kau” – Isteri Meraung Pilu Lihat Suami Maut Dalam Kemalangan Di Jasin
Artikel berkaitan: Malaysia Di Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Terburuk Di Dunia – Kajian
Allahu.. arwah katanya baru lepas pulang hantar anak ke sekolah.. baca story FB Nizam Jentik Jentik sedih betul. pic.twitter.com/zcaMp8xYqd
— CyberBorg (@borg_cyber) July 3, 2024
Nizam meluahkan rasa sebak dengan situasi yang berlaku di hadapan matanya dan pada awalnya gagal untuk menghubungi waris kerana tidak mempunyai nombor kecemasan di telefon mangsa.
“Sebak betul harini. Saya jadi antara terawal yang nampak dan berada di lokasi kemalangan maut. Saya turun payungkan mangsa sebab keadaan panas terik masa tu.
“Ada beberapa rider pun ada bantu kawal lalulintas. Kami pun cuba secure segala barang penting mangsa, henfon dan wallet supaya dalam jagaan rapi. Kami tak dapat hubungi waris sebab tiada number emergency tertera di telefon,” katanya.
“Telefon berdering tertera My Lovely wife”
Namun, apa yang membuatkan situasi lebih hiba apabila tiba-tiba mendapat panggilan daripada isteri mangsa. Nizam menyatakan dia tidak dapat menahan sebak untuk menyampaikan berita kematian kepada isteri mangsa.
“Masing masing tak berani angkat, tapi saya gagahkan juga angkat. Saya jawab ‘Assalam puan’… Dia membalas ‘Eh suami saya mana? Saya rasa tak sedap hati tu yang tergerak hati nak call’…
“Satu ungkapan yang saya cukup berat dan sebak nak khabarkan waktu tu, ‘Puan, suami puan ada dekat dengan saya ni, dia terlibat dalam kemalangan puan’.”
Isteri mangsa kedengaran meraung sebaik mendapat tahu khabar sedih itu dan Nizam kemudian berhubung dengannya untuk memaklumkan keadaan suaminya.
Dalam pada itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai makcik kepada mangsa memaklumkan arwah meninggalkan balu yang merupakan seorang surirumah dan tiga orang anak yang masih kecil.
“Arwah buat pelbagai kerja untuk menampung keperluan keluarga. Namun kini dia dijemput Ilahi.”
Takziah kepada keluarga mangsa…