in

“Tekan-tekan jew” – Pengantin Cari Jurugambar, Bagi Upah RM100 Untuk 10 Jam

jurugambar sama dengan bangla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis perkahwinan hari ini tidak lengkap jika tiada khidmat jurugambar untuk mengambil momen-momen hari bahagia yang akan diabadikan dalam bentuk foto atau video.

Biasanya bila sebut tentang khidmat jurugambar ini, rata-rata harganya mencecah sehingga ke ribuan ringgit. Ada juga yang menawarkan harga rahmah tetapi bergantung kepada situasi.


Namun, hantaran seorang individu ini telah membuatkan orang ramai bengang apabila dia memperlekehkan kerja jurugambar.

Artikel berkaitan: “Kurang ajar gila!” – Nak Kongsi Tips Gambar Cantik, Tapi Netizen Kecam Sebab ‘Downgrade’ Jurugambar

Artikel berkaitan: Malas Nak Hadap Tetamu Tak Diundang Ketika Kenduri Kahwin? Buku Tamu Digital Ini Bakal Bantu Pengantin!

Menerusi tangkap layar dari Group Facebook Photographer/ Videographer Malaysia, individu itu mencari jurugambar untuk majlis perkahwinan tetapi kamera disediakan oleh pihak pengantin.

Bagaimanapun, kenyataan yang menyamakan kerja jurugambar dengan bangla dan hanya mahu membayar upah RM100 sehari membuatkan ramai terkejut.

“Kalau kamera pengantin sendiri sediakan boleh ke upah Photographer untuk tolong tekan kamera jew? Bajet RM100 sehari (bangla kerja penat pun gaji RM80 jew sehari).

“Upah photographer tolong tekan-tekan jew. Nak upah family semua sibuk layan tetamu,” katanya.

Dalam tangkap layar itu, individu terbabit menyediakan kamera jenis Nikon 3100 dan upah RM100 adalah untuk jam bekerja dari 8.00 pagi sehingga 6.30 petang.

Malah, dia sempat memesan untuk jurugambar paparkan hasil kerja terbaik di ruangan komen untuk dia membuat tinjauan.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya mengecam dengan tindakan individu itu menyamakan jurugambar dengan bangla seolah-olah memperlekehkan usaha keras jurugambar.

Screenshot 2024 01 19 174611 Screenshot 2024 01 19 174646 Screenshot 2024 01 19 174711 Screenshot 2024 01 19 174745

Ada juga orang macam ni ya…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.