in

Teguran Bawa Padah, Lelaki Cedera Ditikam Rakan Hanya Kerana Suruh Tutup Radio

Tikam0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua manusia mempunyai tahap kesabaran yang berbeza. Bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana untuk mengurus kemarahannya.

Tapi, jika disebabkan benda yang kecil, perlukah diakhiri dengan kekerasan? Seperti yang berlaku semalam kepada seorang pekerja kapal di Kota Kinabalu, semalam.


Menurut Harian Metro, kira-kira jam 2 pagi, seorang pembantu perkapalan telah ditikam di bahu kiri hanya kerana menegur seorang rakan untuk menutup radionya. Kejadian yang berlaku di kawasan Pelabuhan Sepanggar itu turut disaksikan oleh beberapa rakan lain.

Siasatan awal kes mendapati ketika kejadian mangsa sedang melepak bersama lima rakannya di kawasan berkenaan.

Kemudian seorang daripada rakan mangsa telah mempelawa suspek berusia 20-an yang ketika itu berada di sebuah kapal untuk lepak bersama.

Semasa sedang lepak pula si suspek pasang radio namun mangsa mengatakan bunyinya bising sangat dan menyuruhnya untuk tutup radio itu.

Tanpa mengatakan apa-apa, si suspek pulang ke kapal. Suasana pun kembali seperti biasa hinggalah suspek datang semula kepada kumpulan mereka lalu menikam mangsa menggunakan pisau.

Mangsa yang berusia 27 tahun (identiti tak didedahkan) menerima enam jahitan. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 

Baca : Berang Ditegur Main Telefon, Anak Tikam Bapa Umur 59 Tahun Sampai Mati

Ft Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.