in

Tegur Sebab Masuk Koc Wanita, Ibu Mentua Naz Rahman ‘Diganggu’ Sekumpulan Remaja Lelaki

remaja lelaki provok koc wanita ktm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu mentua kepada pengacara Naz Rahman, didakwa telah diganggu dan menerima provokasi oleh sekumpulan remaja lelaki dalam koc wanita bagi perkhidmatan KTM.

Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya yang merupakan bekas personaliti televisyen, Sheahnee Iman Lee di akaun media sosialnya, meluahkan rasa kesal dengan tindakan sekumpulan remaja lelaki terbabit terhadap ibunya.


Menurut Sheahnee, ibunya yang berusia 72 tahun dan berasal dari Australia menggunakan perkhidmatan KTM dari stesen Klang ke Kuala Lumpur ketika kejadian itu berlaku.

Artikel berkaitan: “Kau nak aku buat apa?” – Lelaki Berang Ketika Disuruh Keluar Dari Koc Wanita MRT

Artikel berkaitan: ‘Bikers’ Naik MRT & Bawa Basikal, Netizen Bengang Sebab Lepak Dalam ‘Coach’ Wanita

Jelas Sheahnee, ibunya telah menegur sekumpulan remaja lelaki itu kerana telah memasuki koc wanita sehingga jumlah mereka melebihi bilangan kaum wanita di ruangan itu.

Bagaimanapun, teguran ibunya dibalas dengan biadab apabila remaja terbabit menjawab seolah-olah itu adalah hak mereka.

“Ibu saya, seorang guru selama 40 tahun menegur mereka bahawa ia adalah koc wanita, sesuatu yang sudah diketahui, dengan tulisan ‘Koc Wanita’ di mana-mana sahaja sama ada dalam English atau BM.

“Tapi apa yang budak-budak ini jawab? Mereka dengan biadab menjawab ‘kami adalah rakyat Malaysia’ dan ‘Ini adalah negara saya!’,” kata Sheahnee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheahnee Iman Lee (@sheahnee)

Kumpulan remaja itu bukan sahaja menjawab, malah turut memanggil rakan-rakannya yang lain untuk memenuhi ruang di koc wanita sehingga mencetuskan kebimbangan kepada ibunya dan penumpang wanita lain.

457511243 10161989386348582 648635372547498070 n

Dalam pada itu, Sheahnee memaklumkan bahawa pihak KTM telah mengambil maklum berhubung perkara tersebut.

“Kepada remaja lelaki yang berada dalam keretapi dengan ibu saya, tolonglah ambil iktibar daripada insiden ini. Awak masih muda, tak terlambat lagi untuk perbaiki diri. Berubahlah anak muda, be better, be more, awaklah skuad pelapis negara kita!” katanya.

Dia mencadangkan supaya pihak KTM kerap membuat pemeriksaan mengejut di setiap koc supaya tiada kaum lelaki yang akan menyalahguna koc yang dikhaskan untuk wanita.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.