Susulan terpalit dengan isu kontroversi selepas memuat naik posting yang didakwa menayang badannya di akaun Instagram, pelakon Raja Atiq telah bersikap terbuka kepada semua pihak yang ingin menegur kesilapannya.
Menurut Atiq, dia telah memerhati teguran orang ramai yang tidak mencerminkan diri seolah-olah mereka tidak pernah buat sebarang dosa serta Atiq mengingatkan orang lain agar teguran tidak dibuat bersama unsur hinaan.
“Pertama sekali nak cakap terima kasih pada yang tegur Atiq, tak salah dipersilakan. Keduanya, cara nak menegur bukan menghina, cakap orang tak ada dosa, diri sendiri tak cermin buat dosa kau komen begitu?” katanya.
Tambah Atiq, sepatutnya orang ramai mendoakan yang terbaik buat individu tersebut dan bukan sebaliknya. Atiq berkongsi perkara itu menerusi sebuah IG story yang dimuat naik pada Khamis lalu.
Pelakon itu turut membuat penjelasan mengenai isu yang membabitkan dirinya menerima kritikan netizen setelah memuat naik foto yang dikatakan menayang badan sasanya ketika sedang bersantai di tepi pantai.
Pada masa yang sama, Atiq turut berasa kelakar apabila ada pihak yang mengaitkan hantarannya itu dengan isu LGBT. Atiq turut mempertahan segala apa yang dilakukan itu tidak akan dapat memuaskan hati orang lain dan tetap akan ada yang berusaha mencari kesalahannya.
Sumber : mStar
Baca : Muat Naik Gambar Tayang ‘Body’, IG Raja Atiq Penuh Dengan Sindiran Netizen