in

Tegas Dirinya Difitnah, Tapi Peguam Dakwa Dedah Bukti Da’i Farhan Memang Betul Ada Di China Dengan Wife Kedua?

Guangzhou Ma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah mengesahkan status perkahwinannya dengan isteri pertama yang akhirnya terlerai juga dengan talak satu, nampaknya nama Da’i Farhan tak putus-putus menjadi sebutan netizen dan pasti ada saja berita baru mengenainya.

Terbaru, peguam yang mendedahkan kes penceraian pendakwah ini dengan isteri pertamanya, Asiah Abd Jalil kembali bersuara selepas Da’i Farhan mengeluarkan kenyataannya kononnya dia difitnah dan tidak berada di China pada ketika ini. 


 

“Saya bertanggungjawab di atas semua fakta yang saya sampaikan” 

Menurut Asiah di laman Facebooknya, dia bertanggungjawab atas segala fakta yang disampaikannya dan sebagai seorang peguam dia juga telah dilatih untuk mengumpul dan mengesahkan bukti sebelum berbuat apa-apa tindakan.

Asiah 1
sumber: facebook

Lebih mengejutkan, Asiah juga telah mendedahkan gambar Da’i Farhan dan isteri keduanya di Instagram yang mengakui sedang dalam perjalanan ke Guangzhou, China. Alamak terciduk ke? 

78466245 2761772350551552 170331578256326656 N
sumber: facebook

 

“Komuniti lebai saling back up each other” 

Bukan saja itu, peguam ini juga sempat screenshot posting pendakwah PU Rahmat yang dilihat seakan-akan ‘back up’ sahabatnya berhubung isu tersebut.

78294789 2761772217218232 8594026299968716800 N
sumber: facebook

Terkilan dengan ‘perlian’ PU Rahmat, Asiah berpendapat ‘golongan’ ini saling menyokong antara satu sama lain walaupun rakan mereka berbuat salah.

Janda 1
sumber: facebook

Walau bagaimanapun PU Rahmat telah memadam statusnya terdahulu dan menegaskan yang dia hanya mahu jadi pendamai dan bukannya disamakan dengan Da’i Farhan.

Damai
sumber: facebook

Apa-apapun marilah kita doakan semoga semuanya selesai dengan baik dan buat isteri pertama Da’i Farhan, teruslah bertabah… InsyaAllah ada sinar di hujung jalan nanti. 

Baca: “Kalau tak salah kenapa unfriend” – Lepas Ceraikan Isteri, Da’i Farhan ‘Block’ Adik Sendiri Sebab Bagi Teguran?

Dai Block Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.