in

Tebus RM150 Kredit ePemula Dengan ShopeePay & Dapat ‘Ekstra’ RM500? Ini Caranya…

EPEMULA

Sejak pandemik melanda negara, pelbagai bantuan telah diperkenalkan kerajaan bagi membantu orang ramai meneruskan kehidupan. Salah satu daripadanya ialah ePemula iaitu bantuan bagi pelajar berumur 18 hingga 20 tahun atau penuntut institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa bernilai RM150 yang boleh dikreditkan ke dalam 4 platform e-wallet.

Dalam masa yang sama, ePemula ini diharapkan dapat meringankan beban belia yang terjejas selain membantu memulihkan ekonomi peniaga-peniaga yang turut terkesan akibat pandemik yang melanda negara dan meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai.

Kredit ePemula bernilai RM150 ini boleh ditebus dan digunakan untuk membuat sebarang pembelian di mana-mana platform e-wallet sebagai contoh ShopeePay dan tahun lepas menerusi eBelia, ShopeePay mencatatkan rekod sebanyak 500k penebusan pada hari pertama dan ini adalah disebabkan pelbagai tawaran yang menarik. 

Tahun ini pun, sambutan dijangka luar biasa dengan penawaran TAMBAHAN sebanyak RM500 dalam bentuk baucar.

ePemula OOHM BM 432x288 2

Selain itu, selain kredit ePemula bernilai RM150, sekiranya kredit ditebus melalui ShopeePay, pengguna akan menerima ganjaran RM500 berbentuk baucer daripada pelbagai platform  seperti ShopeePay, ShopeeFood, Shopee Mall dan juga data serta kad SIM daripada YES.

 

Boleh Guna Untuk Pembayaran Menerusi ‘DuitNow’

Mungkin ramai yang belum tahu tentang penggunaan cara pembayaran ShopeePay yang bukan sahaja boleh digunakan untuk beli belah secara dalam talian, tetapi juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kedai fizikal yang mempunyai kod QR ‘DuitNow’

DuitNow QR accepted everywhere

 

Terima 3% Shopee Coins Cashback Untuk Pembayaran Luar Talian

Korang juga boleh dapatkan 3% Shopee Coins Cashback daripada jumlah yang dibelanjakan apabila korang imbas mana-mana kod QR untuk membuat pembayaran dengan ShopeePay.

Tapi yang ini hanya terhad kepada 300 Shopee coins sahaja dan terhad kepada 10 transaksi dalam sehari.

 

Guna Untuk Pembelian Jenama Terkemuka, Terima Ganjaran Cashback

Apa yang menarik kalau kredit ePemula ni ditebus melalui ShopeePay ialah korang akan menerima ganjaran Shopee coin cashback jika membuat pembelian di mana-mana jenama yang mengambil bahagian seperti JD Sports, Focus Point, Samsung, Huawei, Guardian dan banyak lagi lah!

ePemula OOHM BM 432x288 1

Selain daripada tawaran-tawaran menarik yang min ceritakan tadi, korang jugak sebenarnya berpeluang untuk menang sehingga RM25,000 dalam cabaran ‘ShopeeEPEMULAsquad Challenge‘.

ePemula OOHM BM 432x288 4

Korang hanya perlu follow langkah ni okay :

  1. Hanya ikuti @ShopeePay_MY di Instagram & @ShopeeMY di TikTok.
  2. Tangkap gambar kumpulan di IG atau tunjukkan kami pergerakan licik anda di TikTok bersama skuad korang.
  3. Korang dan skuad korang tu berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000.

p/s : Pastikan kesemua 4 ahli skuad telah menebus kredit ePemula RM150 dengan ShopeePay tau!

*Tertakluk terma dan syarat

Tempoh pendaftaran dan penebusan ePemula ialah bermula dari 8 pagi, 11 April hingga 1 Jun, 11.59 malam. Manakala tempoh penggunaan pula bermula dari 2 Jun dan kredit akan luput pada 10 Jun, 11.59 malam. Jadi, kalau korang nak tebus pastikan korang punya akaun tu dah ‘upgrade’ ke ShopeePay Premium, cepat-cepat dan jangan lupa gunakan terus baucer ePemula tu.

Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan di sini.

Sumber: ShopeePay
Sumber: ShoppeePay