in

Tauke Jambu & 4 Rakan Didakwa Miliki Dadah, Rayu Ikat Jamin Rendah Sebab Pendapatan Terjejas

Tauke Jambu 4 Rakan Didakwa Miliki Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak dari program realiti televisyen Raja Lawak dan Maharaja Lawak, Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Jambu dah banyak kali terpalit dengan kontroversi. Tauke sendiri pun sekarang ni semakin kurang muncul di program TV.

Sebelum ni, pelawak berkenaan pernah dilanda kontroversi curang dan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks. Kali ini, nama Tauke sekali lagi disebut iaitu berkaitan dengan kes dadah.


Menurut Bernama, Tauke Jambu dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin. Bagaimanapun, Zamatul Amri, 46, Muhamad Azman Johar, 28, Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta lagi 2 wanita iaitu Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah.

KETAMIN

Pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin. Mereka jugak turut didakwa di 15-01 Menara Up, Jalan Puchong pada 2.40 pagi, 10 April lepas kerana bersama-sama miliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram.

Pendakwaan adalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya sekali jika bersalah.

Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit cadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. Tauke yang tidak diwakili sebarang peguam merayu jaminan rendah dengan alasan pendapatannya terjejas serta ini merupakan kesalahan pertamanya manakala 4 tertuduh lain turut merayu jaminan rendah.

Mahkamah turut benarkan setiap daripada tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun 2022 untuk sebutan semula kes.

Risau ya bila banyak artis dah terpalit dengan kes dadah ni!

Baca: “Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Disyaki Terbabit Kes Dadah”

NASYID

 

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.