Pelakon Iqram Dinzly merupakan nama yang tidak asing lagi kerana suka memuat naik gambar mahupun video yang pelik-pelik dan penuh kontroversi di dalam akaun Instagram miliknya. Hal ini sehinggakan ada yang menganggap Iqram mempunyai masalah mental.
Perlakuan Iqram juga turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang kemudian bersua muka serta menghadiahkan Iqram dua ekor arnab serta beberapa barang lain.
![ll](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/02/ll.png)
Terbaru, Iqram Dinzly telah memuat naik gambar di Instagram yang berunsur lucah dengan patung mannequin dan menggunakan kapsyen keagamaan serta ayat-ayat al-Quran yang mendapat kecaman orang ramai.
Di dalam gambar tersebut, Iqram memegang dada patung wanita yang dipakaikan dengan baju tanpa lengan sambil dia meletakkan kepala ke dada patung tersebut dengan memberi tazkirah dan ayat suci sebagai kapsyen.
“Ketika kita sakit…. Allah tarik 3 perkara: Allah tarik keceriaan wajah kita…”
![Captureid1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/02/Captureid1.png)
Ramai yang berpendapat gambar tersebut tidak senonoh dan tidak selari dengan kapsyen yang diletakkan. Perbuatan Iqram ini juga dilihat sebagai tidak senonoh dan dia ibarat sengaja mempermainkan agama Islam. Sejak gambar itu dimuat naik, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat perbuatan Iqram itu.
![id3blur](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/02/id3blur.png)
Namun begitu, ramai juga yang menyuruh Iqram untuk menurunkan gambar tersebut kerana mengundang kemarahan orang lain serta salah faham dan tak kurang juga yang memberi nasihat kepada pelakon itu supaya bertaubat.
![idblur10k](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/02/idblur10k.png)
Walaupun pernah dikecam sebelum ini kerana pernah memuat naik gambar berbaur lucah, namun, Iqram ibarat tidak menghiraukannya dan tidak belajar dari kesilapannya yang lalu. Malah dengan selamba dia terus menunjukkan perlakuan yang tidak senonoh.
Apa nak jadilah si Iqram ni…
Baca: “Pancung kepala Iqram bongok tu” – Netizen Berang Iqram Dinzly Panggil Nabi Muhammad ‘Che Mat’