Dua pelajar sekolah menengah kantoi berpelukan dan bercium dekat tepi jalan dan dipercayai di bahagian luar sekolah. Menurut WOB, mereka berdua masih memakai uniform sekolah dan tanpa sedar ada mata yang memerhati serta merakam perbuatan mereka tu.
Dalam video tu boleh nampak ada seorang pelajar lelaki tengah lalu tepi mereka sambil tengok perangai tak bermoral dua remaja terbabit yang bercium berdekatan sebuah lori.

Bila perasan ada yang tengok dan ganggu ‘aktiviti’ mereka, pelajar lelaki tu terus lari dari pelajar perempuan tersebut. Walaupun video itu hanya dirakam selama 5 saat tapi seorang individu terus muat naik dekat Youtube dan kini tersebar di internet.
Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana video itu dirakam dan dua pelajar terbabit dari sekolah di negeri mana pun tidak diketahui.

Ramai netizen yang cakap sebenarnya ‘aktiviti’ ni dah macam perkara biasa dalam kalangan kebanyakan pelajar sekolah. Mereka dikatakan semakin berani peluk, cium dan bermanja-manja dekat tempat awam. Paling memalukan, mereka buat dalam keadaan masih memakai baju sekolah.