in

Tarif Elektrik Baharu Sebabkan Bil Mahal? Ini Apa Yang Korang Boleh Jangka

ft suruhanjaya tenaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang perasan tak, semenjak dua ni banyak betul cerita pasal bil elektrik di platform media sosial dan ia menyebabkan sesetengah dari kita mula risau dan tertanya sekiranya tarif baru ni akan memberi kesan ke atas bil elektrik masing-masing bulan hadapan.

Jangan pening-pening, meh kitorang break down satu persatu apa perkara yang korang kena tahu pasal tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa tak lama lagi, mulai 1 Julai 2025 sampai 31 Disember 2027 nanti!


Kalau korang terlepas bas, secara puratanya, kos tarif elektrik negara kita dah turun sampai 19% dari harga sebelum ni. Jadi, kebimbangan bil melambung tinggi tu mungkin tak setepat yang disangka.

502474702 122229486338170455 478392719155317601 n

Tetapi ada beberapa perkara yang korang kena tahu menjelang pengenalan tarif elektrik baharu nanti.

1,000 kWj Tu Macam Mana Sebenarnya? 

Dalam kenyataan Suruhanjaya Tenaga ada disebutkan tentang pengenalan Insentif Cekap Tenaga untuk menggalakkan pengguna domestik mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah.

511197202 122230278302170455 213478575935841199 n

Jadi, sekiranya penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah tidak akan terkesan dengan pelaksanaan jadual tarif baharu ini. Ramai tak dapat nak bayangkan atau tak tahu banyak mana sebenarnya 1,000 kWj ni?

Jom kita kira secara realistik:

  • Aircond 1.0 HP: Biasanya menggunakan sekitar 800 hingga 900 Watt elektrik setiap jam.
  • Aircond 1.5 HP: Biasanya menggunakan sekitar 1,100 hingga 1,300 Watt setiap jam.

Jadi, untuk mencapai 1,000 kWj (atau 1,000,000 Watt-jam) dalam sebulan (30 hari) :

  • Kalau korang ada satu (1) aircond 1.0 HP: Korang perlu pasang aircond tu lebih kurang 12 jam sehari selama sebulan untuk capai 1,000 kWj.

Tapi, angka ni hanyalah anggaran purata, sebab penggunaan setiap rumah berbeza ikut gaya hidup, bilangan peralatan elektrik, dan suhu dalam rumah.

Off-Peak Hours Dah Panjang?! Waktu Tidur Pun Boleh Jimat!

Ni lagi satu yang best! Untuk korang yang suka gaming sampai tengah malam atau suka study waktu senyap-senyap tu, korang boleh manfaatkan skim Time of Use (TOU) yang dah diperluaskan.

511097435 122230085558170455 8441390162608355986 n

Dulu, waktu off-peak ni terhad. Tapi sekarang, dah termasuk SEMUA hari Sabtu dan Ahad, dan juga hari bekerja dari jam 10 malam sampai 2 petang esoknya! Maknanya, kalau korang guna elektrik waktu ni, kadar caj akan lebih rendah. Jadi, kalau nak basuh baju ke, nak guna vacuum cleaner ke, nak charge laptop ke, cuba buat waktu off-peak ni. Boleh jimat sikit!

Selepas ini, bila bil sampai korang bandingkan dengan bil sekarang dan akan nampak pecahan yang lebih terperinci. Dalam erti kata lain, korang boleh tengok satu persatu caj apa yang dikenakan.

Dulu, bil korang selalunya nampak ringkas je, macam resit kedai makan yang tulis “Total” je kat bawah. Korang cuma nampak jumlah penggunaan dan berapa caj keseluruhan, tapi tak tahu dari mana datangnya angka tu.

“Sekarang, ibaratnya resit tu dah jadi macam bil restoran yang pecah siap-siap, tunjuk harga aircond, harga nasi, harga lauk… semua ada!”

Dengan bil baharu, korang boleh nampak pecahan caj-caj utama ni:

  • Caj Penjanaan (Generation Charge): Ini adalah kos untuk menjana elektrik yang korang pakai.
  • Caj Rangkaian (Network Charge): Ini pula kos untuk hantar elektrik tu dari stesen janakuasa sampai ke rumah korang (kos tiang, wayar, dll.).
  • Pelarasan Kos Bahan Api (Fuel Cost Adjustment – AFA): Dulu dikenali sebagai ICPT, sekarang nama baru! Caj ni akan tunjukkan pelarasan kos bahan api yang digunakan untuk hasilkan elektrik.
  • Caj-caj lain: SST, KWTBB (caj untuk dana tenaga boleh baharu), dan lain-lain akan ditunjukkan dengan lebih jelas.

Pendek kata, bil korang lepas ni bukan setakat nombor je, tapi dah ada “cerita” di sebaliknya. Kalau bil korang tiba-tiba nampak lain, korang tahu kat mana nak tengok sebabnya. Jadi, tiada lagi rahsia!

Jadi, adakah tarif baharu ni akan buat bil korang melambung? Jawapannya, TIDAK!

Format bil yang lebih terperinci tu takkan buat bil korang lebih mahal pun. Sebenarnya, tujuannya adalah sebaliknya: nak bagi korang faham dari mana datangnya setiap sen yang korang bayar. Lepas tu, korang boleh la plan kat mana nak ‘cut’ penggunaan elektrik dan sekaligus bil korang mungkin akan rendah dalam bulan seterusnya!

Bantuan Untuk Yang Memerlukan & Institusi Pendidikan

Pun begitu, kerajaan juga tak lupa pada golongan yang memerlukan:

  • Program rebat bil elektrik RM40 sebulan akan diteruskan untuk isi rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih (golongan miskin tegar).
  • Sekolah, institusi pengajian tinggi berdaftar, rumah kebajikan, dan rumah ibadat pula akan dapat rebat bil elektrik sebanyak 10%!

Untuk pengetahuan korang, mekanisme pelarasan kos bahan api yang dikenali sebagai Automatic Fuel Adjustment (AFA) akan menggantikan ICPT. Ini maknanya, kadar akan disemak secara automatik berdasarkan harga bahan api semasa dan kadar pertukaran matawang asing dan bil akan jadi semakin telus.

509363505 1067552775493804 8517587553620855273 n

Untuk pengguna bukan domestik (macam kedai-kedai kecil) yang guna 200 kWj dan ke bawah, korang pun akan dapat faedah dari Insentif Kecekapan Tenaga ni.

Nak tahu lebih lanjut pasal tarif ni atau nak kira-kira bil korang nanti? Boleh layari laman web TNB mulai 21 Jun 2025 ni, dan ada kalkulator tarif juga bermula 23 Jun 2025! Kalau ada sebarang soalan, boleh call je TNB CareLine kat 1-300-88-5454.

Jadi, dah faham kan? Jangan risau tak tentu pasal, yang penting kita bijak guna elektrik dan faham perubahan tarif ni! Selamat berjimat!

Sumber: RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.