Baru-baru ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan kereta perisai mobiliti tinggi (HMAV) 4×4 yang diberi nama Tarantula. Kereta perisai pertama keluaran tempatan telah dirasmikan oleh beliau di Wisma Perwira TD, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Nama ‘Tarantula’ telah dipilih kerana ia bersesuaian dengan kemampuan kereta perisai ini beroperasi dalam pelbagai keadaan dan cuaca. Sebelum perasmian oleh Menteri Kanan Pertahanan, ‘Tarantula’ telah menjalani ujian selama sembilan hari yang melibatkan Pasukan Uji Nilai Tentera Darat Malaysia dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Menurut Portal Automotif Paultan.org, antara ujian yang dilakukan terhadap ‘Tarantula’ termasuklah perjalanan sejauh 700km pada jalan raya biasadan 300km lagi melibatkan laluan off-road serta laluan berhalangan.
Kesemua ujian pemanduan ini dilakukan oleh wakil Tentera Darat Malaysia. Antara perkara yang diambil kira termasuklah ketahanan jarak jauh di lebuh raya, penggunan bahan api, mengangkat beban, ujian mendaki dan membrek serta pelbagai ujian lain.



Untuk memahami kapasiti dan ketahanan kereta perisai ini, boleh rujuk infografik yang dikeluarkan oleh Bernama di bawah.
