Sejak di bangku sekolah lagi, kita telah mempelajari subjek Sejarah berkaitan Tanah Melayu dan Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang gemilang di serata dunia.
Melaka bukan saja menjadi pusat perdagangan yang hebat, malah ia juga pusat penyebaran agama Islam, pusat kegiatan ilmu dan mempunyai hubungan erat dengan negara besar seperti China dan lain-lain.
Namun pada tahun 1511, Melaka akhirnya mengalami era kejatuhan dan salah satu sebab yang kita baca di dalam buku teks ialah kerana senjata Portugis lebih moden dan lengkap berbanding Melaka yang menggunakan tombak dan keris. Hmm…
“Senapang musket bernama Satinggar ini digunakan pada zaman Melaka, sekitar tahun 1480”
Pun begitu, seorang netizen baru-baru ni, berkongsi ilmu baru di Twitter apabila dia menceritakan tentang ‘satinggar’ iaitu sejenis senapang musket yang digunakan pada zaman Melaka sekitar tahun 1480an.
Menurutnya, ketika Portugis menawan Melaka pada 1511, sejarawan Portugis berpendapat yang senapang jenis ini antara senapang yang terbaik dia pernah jumpa. Waaa!
Senapang musket bernama satinggar ini digunakan pada zaman Melaka, dikatakan pada sekitar 1480an.
Ketika Portugis menawan Melaka pada 1511, Joao de Barros, sejarahwan Portugis turut mengagumi senapang ini dengan berkata ini senapang yang terbaik dia pernah jumpa ketika itu. pic.twitter.com/ecWmF3YcPM
— El #PalestineWillBeFree ?? ?? (@ErenaTakeuchi) December 17, 2019
“Sejarah dah kena manipulated oleh media barat”
Ketika membaca posting di atas ni, ramai yang tertanya-tanya kenapa di dalam buku teks Sejarah kurang diketengahkan mengenai senjata hebat ni pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Menurut netizen, sejarah mengenai kehebatan Melaka ni katanya telah digelapkan dan ada yang cakap kebanyakan artifak sejarah ini telah dirampas dan dibawa ke Eropah. Kalau nak tengok artifak negara kita, kenalah ke British Museum atau muzium di Leiden, Belanda. Pulak…
“Kome belum tengok lagi kapal buatan Melayu dan versi meriam campuran Melayu-Turki”
Malah ada di kalangan netizen yang menambah, dahulu Melaka juga pernah ada hubungan diplomatik yang kuat dengan Turki. Jadi segala teknologi dan design musket ini katanya berasal dari Kerajaan Uthmaniyah dulu.
Bukan satinggar saja yang menjadi kebanggaan kita, menurut netizen lain, kita ada banyak lagi teknologi lain seperti kapal, meriam dan macam-macam lagilah yang hebat dan antara yang terbaik di serata dunia tau!
Bila baca pasal tweet semua ni, admin jadi kagum dan tak sangka rupanya hebat sejarah negara kita ini ya. Lepas ni bolehlah beli buku atau buat research yang lebih banyak mengenai teknologi zaman Melaka ni. Best!