in

Tanya Pasal Bonus Krismas & Tuntut Gaji Tak Berbayar, Pekerja Kedai Pizza Dibunuh Majikan Sendiri

Untitled Collage 95 E1616820758912

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berang ditanya soalan tentang bonus Krismas, seorang pekerja kedai pizza di Buenos Aires, Argentina maut dibunuh majikannya sendiri.

The Sun melaporkan, Luis Mieres ditahan pihak berkuasa selepas polis menemui mayat pekerjanya Jorge Daniel Zagari ditanam di halaman rumahnya, yang terletak di bandar Ituzaingo, di bahagian timur Buenos Aires.


Mangsa dikatakan bekerja sebagai pembuat pizza di kedai milik Mieres. Penularan pandemik bagaimanapun menyebabkan Zagari terpaksa diarahkan bercuti kerana faktor usia yang meletakkannya dalam kategori paling berisiko mendapat jangkitan.

Minggu lalu, Zagari dikatakan pergi bertemu dengan majikannya untuk bertanyakan tentang gaji. Mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah, dan ahli keluarganya terpaksa melaporkan kehilangannya kepada pihak berkuasa.

Pada hari yang sama juga, kereta mangsa ditemukan dalam keadaan terbakar di pekan Merlo.

Siasatan polis kemudian mendapati, kereta milik Mieres turut berjaya dirakam kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

Pihak pendakwaraya yang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut mengarahkan serbuan dibuat ke atas kediaman Mieres. Sebaik polis tiba, mereka mendapati terdapat tapak yang baru saja diturap dengan simen di halaman rumahnya.

Curiga dengan keadaan tersebut, polis bertindak membuka dan menggali kawasan itu sebelum menemukan mayat Zagari ditanam di bawahnya.

Bedah siasat pula menunjukkan mangsa telah dipukul dengan objek tajam di bahagian kepala.

Mieres ditahan, dan mengaku bertanggungjawab membunuh mangsa beberapa jam kemudian.

Ketika disoal siasat, Mieres mendakwa mangsa berulang kali bertanya mengenai tuntutan gaji dan bonus Krismas sehingga mencetuskan kemarahannya.

 

Baca: Pembantu Rumah Rompak Majikan yang Terlantar Sakit, Ugut Bunuh dan Potong Puting

Capture 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.