in

Tani Yutaka: ‘Robin Hood’ Islam Dari Kuala Terengganu Yang Disanjung Jepun Sebagai ‘Harimao of Malaya’

collage 45

Bila tiba bulan kemerdekaan, mesti kita akan kenang semula cerita macam mana negara kita telah ditakluk oleh penjajah kan?

Antara penjajahan yang memberikan kesan mendalam dekat Malaysia dah tentulah penjajahan Jepun. Walaupun ia hanya pada waktu yang singkat namun kesannya amat perit untuk rakyat Malaysia pada ketika itu.

Namun begitu, mungkin ramai antara korang yang tak tahu bahawa terdapat seorang rakyat Jepun yang pernah menetap di Kuala Terengganu pada abad 20-an dikatakan pernah menjadi perisik Jepun sehingga dipanggil sebagai ‘Harimao of Malaya’ oleh orang Jepun.

Pun begitu, dia juga turut dianggap sebagai ‘Robin Hood’ ekoran tindakannya merompak dari mafia Cina dan berikan hasilnya untuk membantu orang Melayu miskin di luar bandar.

Jom baca kisah menarik tentang Tani Yutaka ini.

Kehidupan awal Tani Yutaka

200px Yutaka Tanid e1612268321434

Tani Yutaka dilahirkan di satu perkampungan kecil di Jepun pada tahun 1911 dan apabila Perang Dunia Pertama bermula, keluarganya membuat keputusan untuk lari ke Malaysia dan menetap di Kuala Terengganu.

Di sana, keluarga Yutaka mula membiasakan diri dengan budaya dan adat orang Melayu sehingga tahu berturut dengan loghat Terengganu serta memakai pakaian tradisional iaitu berbaju Melayu, bersongkok dan bersamping. Malah, dalam filem Jepun yang menceritakan tentang Tani ini bertajuk Marai no Tora ini juga turut menunjukkan Tani berpakaian seperti orang Melayu.

Keluarga Yutaka juga turut membuka kedai gunting rambut di Kuala Terengganu dan Tani juga  telah memeluk agama Islam dengan nama Mohd Ali bin Abdullah dan dikatakan telah jatuh cinta dengan seorang wanita Melayu dan berkahwin namun perkahwinan tersebut tak kekal lama.

Beberapa tahun sebelum Perang Dunia Kedua bermula, Tani telah menerima surat dari kerajaan Jepun yang memaksanya untuk menjalani ujian untuk direkrut sebagai tentera di sana. Namun begitu, Tani yang sempat menjalani prosedur standard seperti pemeriksaan doktor telah disahkan tidak layak menjadi tentera kerana tak cukup tinggi.

Peristiwa hitam menimpa keluarga Yutaka

family tani yutaka

Selepas gagal dalam ujian ketenteraan, pada masa yang sama telah berlakunya satu peristiwa di China yang memberikan kesan yang amat mendalam terhadap keluarga Yutaka yang dikenali sebagai Peristiwa Mukden.

Peristiwa ini merupakan permulaan serangan Jepun terhadap China pada tahun 1931 sehingga menyebabkan kaum Cina pada ketika itu turut pulaukan orang-orang Jepun yang berada di Tanah Melayu.

Keluarga Yutaka turut terkesan dengan perkara ini kerana kedai gunting rambut milik mereka telah dibakar manakala adik bongsunya Shizouka Yutaka telah dirogol dan dipancung oleh gangster Cina dan kepalanya diletakkan pada kuil Jepun untuk dipamerkan.

FB IMG 1607670142222

Polis tempatan telah diberitahu mengenai kejadian ini dan kepala Shizouka tersebut telah diambil dan dijahit semula sebelum diberikan kepada keluarga Yutaka.

Keluarga Yutaka membuat keputusan untuk pulang semula ke Jepun dan pada ketika itu dan Tani yang mendapat tahu tentang peristiwa yang menimpa adiknya telah menyimpan dendam terhadap kaum Cina dan kembali semula ke Kuala Terengganu untuk membalas dendam.

Tani Yutaka balas dendam dengan merompak gangster Cina

Malaya Black And White e1612183274687

Sekembalinya di Kuala Terengganu pada 1934, Tani telah mengajak rakan-rakan Melayunya untuk membuat satu kumpulan kongsi gelap dan mula merompak mafia-mafia Cina di sana dan memberikan hasil rompakan mereka kepada orang-orang Melayu yang susah.

Walaupun sedar dengan bahaya yang dihadapinya berdepan dengan mafia Cina, dendam Tani telah membuatkan dia meneruskan misi rompakannya ini sehingga kumpulannya ini telah membuat onar di sekitar Semenanjung Malaysia.

Ekoran fasih berbahasa Melayu dan berpakaian seperti orang Melayu, ramai orang tak sedar bahawa Tani merupakan orang Jepun sehinggalah dia telah ditangkap dan dipenjarakan di Thailand dan identitinya sebagai orang Jepun terdedah.

Jadi perisik Jepun

Tani Yutaka Berpakaian Melayu

Ketika dia dipenjarakan pada 1941, Perang Dunia Kedua telah pun bermula di Eropah dan kini tentera Jepun mahu mengambil alih negara-negara jajahan British di Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu.

Apabila berita mengenai orang Jepun telah membuat onar di Tanah Melayu telah sampai ke telinga Jepun, mereka telah menghantar seorang ejen untuk membebaskan Tani dari penjara di Thailand.

Tani telah diminta untuk menyertai sebuah agensi yang dinamakan sebagai Fujiwara Kikan yang diketuai oleh Mejar Fujiwara Iwaichi di mana mereka cuba untuk mempengaruhi sultan-sultan di Tanah Melayu supaya bekerjasama dengan Jepun bagi menentang pihak British.

Tani telah membantu Mejar Fujiwara dengan mengumpulkan maklumat serta menjalankan sabotaj dengan kubu pertahanan British yang sedang dibina sekaligus memberikan peluang untuk Jepun memulakan peperangan gerila terhadap British.

Semasa pengakhiran penaklukan Jepun di Tanah Melayu, Tani telah menghidap penyakit demam Malaria di hutan Johor dan meninggal dunia di 17 Mac 1942 di Singapura.

tani yutaka movie

Walaupun kisah Tani Yutaka ni tak terkenal di Malaysia, tapi dia sangat popular di Jepun sehingga namanya tertulis di Kuil Yasukuni di Tokyo. Malah Mejar Fujiwara juga turut meminta sebuah syarikat perfileman Jepun untuk membuat filem tentang Tani Yutaka ini berjudul Marai no Tora di mana lagu Rasa Sayang turut dinyanyikan dalam versi Jepun beserta pelakon-pelakonnya memakai pakaian tradisional Melayu.

Fuh…

Sumber: TikTok, Iluminasi

 

Baca: Wang Zi-Ping: Kenali Salah Seorang ‘Master’ Kung Fu Muslim China Terhebat Dalam Sejarah China

collage 38