in

Tanda-Tanda & Kelebihan Malam Lailatul Qadar Menurut Islam, Sila Ambil Perhatian!

collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sudah pun menghampiri penghujung Ramadan dan dah tentunya ramai yang mengisi malam-malam terakhir ini dengan beribadat dan memburu malam Lailatul Qadar.

Untuk pengetahuan korang, Lailatul Qadar adalah daripada dua kalimah iaitu Lailah yang membawa maksud tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari.


Manakala al-Qadar pula membawa maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

Kelebihan malam Lailatul Qadar

Para ulama berpendapat bahawa amalan yang dibuat pada malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan dan antara kelebihannya adalah:

  • Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
  • Mendapat keselamatan dan kebaikan tanpa sebarang kejahatan sehingga keluarnya fajar. Menurut Mujahid, ketika malam ini, syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.

Waktu Lailatul Qadar

Sayidatina Aisyah R.A. meriwayatkan bahawa apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Rasulullah SAW akan menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi isteri-isterinya.

laylat al qadr

Namun begitu, terdapat beberapa pendapat mengenai malam Lailatul Qadar ini, antaranya:

Pertama:

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:

  • Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”
  • Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”
  • Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.
  • Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.

Kedua:

Pada malam 23 Ramadan. Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ ثَلَاثَ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”

Ketiga:

Pada malam 21 Ramadan. Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اُطْلُبُوهَا لَيْلَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ مِنْ رَمَضَانِ وَلَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِيْنَ وَلَيْلَةَ ثَلَاثِ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Tuntutlah malam 17, 21 dan 23 Ramadan.”

Keempat:

Pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي أَرْبَعٍ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.”

Kelima:

Pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانِ

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.”

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

Laylatul Qadr

1. Malam bersih dan terang

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’:

“Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut”

2. Matahari terbit tidak mempunyai cahaya kepanasan

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

3. Matahari keluar antara dua tanduk syaitan kecuali pagi Lailatul Qadar

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata:

“Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.”

Moga kita semua dapat bertemu malam Lailatul Qadar.

Sumber: Mufti WP

 

Baca: Kewafatan Khadijah R.A. & 7 Peristiwa Penting Ini Berlaku Pada Bulan Ramadan

collage 56 758x399.png 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.