Sehingga kini, masih ada beberapa orang mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali yang masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat juga sedang giat dijalankan.
Di depan kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong di Kuala Lumpur pula telah dihiasi dengan jambangan bunga yang diletakkan oleh orang ramai yang turut bersimpati dengan mangsa-mangsa tragedi tersebut.
Menurut laporan BERNAMA menerusi Twitter, jambangan bunga tersebut telah diletakkan oleh orang ramai sebagai tanda memperingati mangsa dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm beberapa hari lepas.
Orang ramai meletakkan jambak bunga di hadapan SJK(C) Mun Choong di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, sebagai memperingati guru dan keluarga dari sekolah itu yang turut menjadi mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, tiga hari lalu.
📸Nazirul Roselan | BERNAMA pic.twitter.com/CwzS6yk7Mm
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 18, 2022
Ini kerana insiden terbabit turut melibatkan 20 orang guru sekolah tersebut beserta keluarga mereka.
Rata-rata warganet juga mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi tersebut.
Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa yang terlibat akan tetap tabah dalam menghadapi masa-masa sukar ini.
Sumber: Twitter @bernamadotcom
Baca: Beringat Sebelum Terjadi! 13 Tanda Awal Tanah Runtuh Yang Korang Kena Tahu