Pelakon Aprena Manrose kini sedang menjadi tumpuan apabila muncul kelibat dirinya tidak bertudung iaitu memakai bandana putih sambil rambut perangnya diikat tocang menerusi Instastory sepupunya iaitu Uqasha Senrose sewaktu bermain badminton.
Bahkan menerusi Instagram miliknya sendiri, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, itu menutup kepalanya dengan sehelai tuala kecil selain hanya menampakkan bahagian leher.
Artikel berkaitan : Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Timang Anak Sulung
Artikel berkaitan : Wanita Dakwa Jadi Mangsa Buli Uqasha Senrose Meninggal Dunia, Kawan Arwah Tuntut Di Padang Mahsyar
Menurut sumber, Aprena sebelum ini pernah dikecam netizen apabila mengenakan hoodie dan topi sehingga menampakkan leher seolah-olah petanda dirinya bakal ‘melepaskan’ hijab.
Aprena juga pernah mengakui hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali tidak berhijab selepas mengambil keputusan menutup aurat tiga tahun lalu.
Dalam masa yang sama, dia memohon orang ramai mendoakannya istiqamah, bukan meninggalkan komen pedas atau menyerangnya dalam Instagram.