in

Tampar Housemate Sebab Masak Pukul 5 Pagi, Gadis ‘Claim’ Kononnya Ada Masalah ‘Anxiety’

Housemate Tampar Sebab Masak Pukul 5 Pagi

Sejak dari zaman kolej lagi sehinggalah masuk ke alam pekerjaan, sudah menjadi kebiasaan untuk mereka di luar sana menyewa sama ada dengan rakan-rakan atau orang yang tidak dikenali untuk save budget.

Bila dah duduk ramai-ramai dalam satu rumah, mestilah setiap housemate ada perangai masing-masing kan?

Masak pukul 5 pagi, gadis ditampar housemate

Menerusi perkongsian gadis bernama Vestene Wong di Facebook, dia telah menceritakan pengalamannya telah ditampar oleh seorang housemate perempuan gara-gara memasak pukul 5 pagi.

Menurutnya, dia tinggal bersama tiga orang housemate di dalam rumah dua tingkat yang mana seorang housemate wanita duduk di bilik berhadapan dapur dan dua lagi housemate lelaki tinggal di tingkat atas.

Pada Ahad lepas, dia bercadang nak pergi hiking dengan kawan-kawannya lalu dia bangun seawal jam 5 pagi untuk sediakan makanan.

Namun tak sampai 10 minit dia di dapur, housemate yang tinggal di bilik berhadapan dapur keluar dari bilik dan buat satu perkara yang mengejutkan!

https://twitter.com/malaysiavirall/status/1501151096550871040?s=21

Seperti yang korang tengok di atas, gadis itu telah ditampar oleh housematenya kerana didakwa mengganggu waktu tidur akibat bunyi bising memasak di awal pagi.

Gadis buat laporan polis tapi housemate ‘claim’ ada ‘anxiety’?

Merasakan tindakan housemate tersebut agak keterlaluan, gadis itu kemudian telah membuat laporan polis.

Namun bila ditanya sebab dia menampar wajah gadis itu, housemate tersebut berkata yang dia mempunyai masalah mild anxiety dan membawa bukti seperti botol ubat tanpa sebarang deskripsi.

Tampar

Pihak polis juga katanya telah meminta housemate gadis itu untuk memohon maaf tapi housemate tersebut tetap menyalahkan gadis itu dengan mengatakan dia tidak bertimbang rasa.

Sehingga sekarang saya masih lagi tinggal di rumah itu kerana ia bulan terakhir saya menyewa di rumah ini. Saya masih tinggal dalam keadaan ketakutan berharap dia tidak mengapa-apakan saya,” katanya.

“Tak kena buku dengan ruas bolehlah bully” 

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengakui mungkin tindakan gadis itu masak pukul 5 pagi boleh mendatangkan kemarahan housematenya namun isu tersebut tidak sepatutnya melarat hingga ke adegan ‘tampar’ tersebut.

Malah ada yang mengatakan, individu berkenaan tidak sewajarnya menggunakan isu anxiety sebagai ‘tiket’ untuk dia menampar seseorang.

Sick Housemates

Korang rasa macam mana? Patut ke tampar housemate sebab dia masak pukul 5 pagi? 

Baca: “Housemate paling untunggg dalam dunia” – Share Masakan Sahur, Netizen Jeles Housemate Khairulaming Makan Sedap Setiap Hari

Aming

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook