Sekarang ni, kekejaman Israel terhadap Palestin memang sangat melampau dan dikecam oleh banyak negara. Mana taknya, pengeboman dan jenayah perang yang negara tu buat dah tak boleh disorok lagi dengan propaganda ‘ciptaan’ mereka tu.
Semalam, Bolivia menjadi satu-satunya negara di Amerika Latin yang telah mengumumkan bahawa mereka akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel disebabkan tindakan tak berperikemanusiaan negara Zionis itu.

Perkara itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar Bolivia, Freddy Mamani yang mengatakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Israel.
“Bolivia memutuskan hubungan sebagai penolakan dan kecaman terhadap serangan tentera Israel yang agresif dan tidak seimbang yang berlaku di Semenanjung Gaza.”
Tambahnya lagi, Bolivia mendesak supaya gencatan senjata dijalankan dalam konflik antara dua buah negara tu. Bukan tu je, beliau juga berkata yang Bolivia inginkan suatu pengakhiran bagi sekatan Israel terhadap keperluan hidup kepada rakyat Palestin di Gaza.

“Bolivia inginkan penamat bagi sekatan Israel yang menghalang kemasukan makanan, air dan elemen penting lain untuk kehidupan.”
Kalau korang nak tahu, bantuan penting kepada Gaza agak sukar disampaikan kepada orang ramai kerana hanya ada satu laluan je iaitu melalui pintu Rafah Mesir. Pada masa yang sama, Bolivia memaklumkan bahawa mereka akan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Sudah tentu, bila negara Amerika Latin tu dah putuskan hubungan, jurucakap Israel, Lior Haiat pula berbunyi dengan menuduh bahawa Bolivia ni sokong ‘keganasan’ yang dilakukan oleh tentera Hamas. Walaupun begitu, Bolivia teguh dengan pendirian mereka dalam hal ini demi kepentingan rakyat Palestin di sana.
Untuk korang, tolong tetapkan sokongan kepada Palestin walau apa yang terjadi demi kebebasan mereka suatu hari nanti. Amin!
Sumber: AstroAwani, BBC
