Sejak banjir besar yang melanda negara kita baru-baru ini, kini terdapat beberapa kawasan yang sudah mula surut dan penduduknya juga mula untuk membersihkan rumah mereka.
Namun, pada Isnin lalu, Taman Sri Muda, kawasan yang boleh dikatakan teruk terjejas masih lagi dinaiki air walaupun sudah mula surut sedikit demi sedikit.
Seperti yang tular di media sosial terutamanya di TikTok, mangsa banjir di sekitar kawasan tersebut difahamkan terpaksa memecah masuk sebuah kedai serbaneka beramai-ramai demi mendapatkan bekalan makanan.
https://www.tiktok.com/@suza.isk/video/7043634244895182106?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8RGn1WAWiUSNaXgpHt93EBkKYSVWPeLu87GrPXIQlfX9Htsx%2Bk3pPH3NL0UgmMf4qLy40mjx0aW2rRs%2BKGgA%3D&language=en&mid=7043634246762056475&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7043634244895182106&share_link_id=d9e19143-a10b-4c01-adaf-125903b0566a&source=h5_t×tamp=1640000349&u_code=dl89cikjgg64h0&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1
Difahamkan juga, punca mereka bertindak dengan memecah masuk kedai serbaneka tersebut kerana bantuan makanan agak lambat untuk tiba kerana banyak kawasan yang telah ditutup dan menyukarkan pasukan penyelamat untuk tiba dengan cepat.
Di bahagian komen video TikTok ini, rata-rata bersimpati dengan keadaan mereka yang terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan hidup dikala dilanda musibah.
Bukan itu sahaja, turut ada juga yang meminta jasa baik orang ramai untuk tidak menyalahkan kelakuan mereka yang memecah masuk kedai tersebut.
“Ada yg 2 hari tk de bantuan…kelaparan.. jgan la ckp mereka mncuri… diorang trdesak” – Komen netizen
“jgn cakap apa..kalau kita ditempat mereka pun, boleh hilang pertimbangan – Komen netizen
Menurut Sinar Harian pula, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib selaku Ketua Polis Polis memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1 hingga 2 petang selepas mangsa banjir dua hari terperangkap kerana dinaiki air.
Ujarnya lagi, bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pihaknya akan segera menggerakkan bantuan bagi mereka yang terjejas.