in

Taliban Pasang 400 Pembesar Suara Untuk Galak Penduduk Solat Berjemaah Di Afghanistan

Ehoifwedqlknw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penaklukan semula Taliban di Afghanistan pada tahun lepas telah meraih perhatian netizen di seluruh dunia apabila seperti yang kita tahu, kumpulan tersebut sangat ekstrem dalam menyekat kebebasan penduduknya lebih-lebih lagi terhadap kaum wanita.

Taliban difahamkan juga sedang mula untuk menukar undang-undang kepada syariah Islam dengan menguatkuasakan beberapa perkara satu demi satu dan tidak secara terus.


Taliban pasang 400 pembesar suara untuk galak penduduk solat jemaah di Afghanistan

Seperti baru-baru ini, Taliban telah memasang 400 pembesar suara di Kabul bagi menggalakkan orang ramai menunaikan solat.

Menurut Utusan, Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat  di bawah Taliban menyatakan, ratusan kedai kosong dan bangunan lain yang tidak digunakan juga sudah diubah suai menjadi masjid bagi memberi peluang kepada semua orang untuk solat berjemaah.

Screenshot 2022 11 24 At 12.42.58 Pm

“Semasa pemerintahan sebelum ini, banyak pembesar suara telah ditanggalkan dan kebanyakan orang tidak dapat mendengar azan. Sebanyak 400 pembesar suara sudah dipasang di pelbagai bahagian di Kabul supaya orang ramai dapat mendengar azan pada masa yang sama.”

Sebelum ini, wanita di Afghanistan telah diwajibkan menutup aurat dengan burqa atau tudung apabila keluar rumah. Mereka juga dilarang melakukan perjalanan tanpa saudara lelaki dan dilarang melawat taman, gim atau tempat mandi awam.

Afghanistan Women Education 6 1666426231495 1666426231495 1669199136448 1669199136448

Awal bulan ini, pemimpin tertinggi, Hibatullah Akhundzada mengarahkan hakim untuk menguatkuasakan sepenuhnya aspek undang-undang Islam termasuk hukuman mati awam, rejam dan sebatan serta pemotongan anggota badan bagi pencuri.

Media tempatan juga melaporkan kementerian mengarahkan kedai-kedai di bahagian tertentu di ibu negara ditutup untuk solat Jumaat.

Macam-macam perubahan ye yang dilakukan oleh Taliban di sana…

Baca: Selepas ‘Fun Fair’ , Taliban Larang Wanita Masuk ‘Gym’ & Tempat Mandi Awam Di Afghanistan

Screenshot 2022 11 24 At 12.52.06 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.