in

“Takutttt” – 3 Alat Seksaan Yang Digunakan Ketika Era ‘Medieval’ Ni Memang Kejam Betul!

Collage 18

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan. 

Zaman pertengahan atau medieval dikenali sebagi era paling kejam dan ganas dalam sejarah. Malah ketika itu juga, banyak alat-alat penyeksaan yang kejam telah diciptakan.

Ketika zaman itu, ada pelbagai sebab yang membolehkan seseorang itu diseksa, sama ada sebab keagamaan mahu pun jenayah. Tapi apa yang disturbing, macam mana seseorang itu boleh ambil masa untuk cipta alat untuk seksa orang dengan kejam.

Dalam artikel ini, kita akan terokai koleksi alat seksaan yang paling kejam pernah dicipta dan digunakan ketika zaman medieval. Kalau berani, jom baca!

1. Brazen Bull

6464Fe8A5Eddd7001Db16586

Brazen Bull merupakan satu alat seksaan yang dicipta pada zaman Yunani kuno di mana satu patung telah diukir menyerupai lembu jantan sebenar.

Alat seksaan ini akan mengurung mangsa di dalam lembu ini dengan lidah mereka dipotong sebelum api dinyalakan di sekelilingnya. Apabila mangsa mula merasai kepanasan di dalam patung tersebut, mereka akan mula bergerak dan menjerit kesakitan.

Pergerakan dan bunyi ini akan disenyapkan dengan satu alat yang diletakkan di dalam patung tersebut dan sekaligus membuatkan bunyi yang keluar dan pergerakan itu menampakkan seperti patung tersebut hidup dan mengeluarkan bunyi lembu sebenar.

Teknik penyeksaan ini bukan sahaja memberikan keseronokan kepada penonton malah ia juga boleh membuatkan mereka rasa kurang bersalah menyeksa seseorang kerana tak boleh nak lihat mangsa yang sakit diseksa secara langsung.

Dikatakan, alat ini telah diciptakan oleh Perillus untuk diberikan kepada seorang zalim bernama Phalaris of Agrigentum dengan harapan dia dapat ganjaran yang mewah atas kreativitinya ini. Malangnya, Perillus telah menjadi orang pertama yang dimasukkan ke dalam Brazen Bull.

Ada beberapa laporan turut mengatakan, Phalaris sendiri turut menjadi mangsa Brazen Bull selepas orang-orang suruhannya dah tak tahan dengan kekejamannya. Ah sudahhhh

2. The Breast Ripper

Tumblr 46794D6F1B35604C6B8D3250Ad80256B 9Cb23Cb8 500

Bukan hanya lelaki, wanita juga turut menjadi mangsa seksaan kejam pada zaman pertengahan ni. Malah, penyeksaan wanita ni boleh dikatakan lebih kejam ekoran ia lebih tertumpu untuk memusnahkan beberapa aspek feminim.

Amalan untuk menyeksa wanita secara seksual ini telah berlaku sejak zaman Roman dan mungkin lebih awal dari itu. Pada waktu perang pula, kita selalu dengar cerita mangsa wanita diberikan kepada askar untuk dirogol atau dihantar ke rumah pelacuran. Ada juga yang pernah diikat dan diarak ke jalanan dalam keadaan bogel.

Penghinaan secara terbuka ini biasanya turut diikuti dengan mencacatkan beberapa anggota badan secara seksual. Lebih menjijikkan, penyeksa-penyeksa ini biasanya gemar dengan payudara di mana penyeksa akan membakar, memotong atau mengecop menggunakan batu panas ke atas payudara mangsa mereka.

Lebih teruk lagi, satu alat yang dikenali sebagai Breast Ripper iaitu pencengkam besi yang dibuat khas untuk mencengkam dan menusuk payudara. Mangsa biasanya akan diikat dan pencengkam ini akan diletakkan pada payudara sebelum ditarik secara paksa sekaligus mengoyakkannya.

Cara ini digunakan sebagai hukuman dan soal siasat lebih-lebih lagi untuk menghukum wanita bagi menandakan yang dorang telah mengandung tanpa berkahwin, menganut agama lain, berzina atau beberapa jenayah lain.

3. The Rack

Man Rack Illustration The National And Domestic.jpg

The rack merupakan alat penyeksaan yang digunakan di Tower of London iaitu salah satu istana diraja yang turut digunakan sebagai penjara. Bermula pada abad ke-15, pengawal diraja yang bekerja di menara ini akan menggunakan rak untuk menarik tali yang diikat kepada pergelangan dan buku lali mangsa sekaligus meregangkan badan dan membuat sendi mangsa terkehel.

Pengawal penjara akan menggunakan rak ini untuk menyeksa orang-orang yang disyaki melakukan khianat dan mengikut ajaran sesat untuk mendapatkan pengakuan mereka dan mendapatkan nama-nama orang lain yang terlibat.

Salah satu mangsa terkenal merupakan penulis Inggeris dan pendakwa Protestan Anne Askew. Pada tahun 1546, pengawal telah menyeksa wanita ini dengan meminta dia menamakan orang-orang Protestan. Walaupun diseksa sehingga tak boleh berjalan, Anne tetap enggan mendedahkan nama dan akhirnya dia telah dibakar hidup-hidup.

Sumber: History