in

“Takutnya kalau dosa jariah masih mengalir lepas kita mati” – Bertambah Ke Dosa Kita Lepas Mati? Baca Penjelasan Ini

Untitled Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita tentu sering dengar hadis ni kan:

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.


Maksud kepada hadis ini membawa kepada penerangan bahawa semasa hayat, kita digalakkan berbuat sebanyak mana amalan yang akan membawa ganjaran berterusan apabila kita mati kelak.

Amalan-amalan inilah yang akan melapangkan kubur kita ‘di sana’ nanti.

Tapi pernah tak kita terfikir, macam mana pulak dengan dosa-dosa jariah yang pernah kita lakukan ketika hidup? Eh, selama ni kita dok dengar amal jariah je.

Maxresdefault

Seorang pengguna Twitter, ada berkongsi penerangan mengenai perkara ini.

Dien1

Dien2

Jadi maksudnya, misal kata sewaktu hidup kita pernah mengajarkan kepada orang lain ilmu-ilmu yang tidak baik sehingga mereka meneruskan ilmu tersebut dalam kehidupan mereka selepas kita mati — dosa itu akan tetap mengalir kepada kita.

Dan rata-rata netizen lain, ada memberi contoh-contoh pelbagai mengenai dosa jariah ini.

1

2

3

So, lebih kurang begitulah pemahamannya mengenai dosa jariah ni. Kalau selama ni kita ingat kita hanya akan membawa amalan jariah saja ke akhirat — kini kita sedar, sebenarnya dosa pun boleh mengalir sama sekiranya kita tidak berusaha untuk berubah dan memperbetulkan segala kesilapan kita semasa hidup di dunia.

 

Baca: “Siapa setuju, munafik” – Nik Abduh Sifatkan Umat Islam Yang Mahu Zakir Naik Dihalau Sebagai Munafik, Berdosa Besar

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.