Gara-gara merakam instastory di dalam wayang semasa menonton filem The Lion King, Neelofa semalam teruk dikecam netizen. Tak cukup dengan tu, pihak pawagam seperti GSC dan TGV juga katanya bakal melaporkan hal ini kepada Disney.
Menyedari dia telah melakukan kesilapan, Neelofa dengan pantas mengaku kesalahannya dalam satu posting Twitter yang dimuat naik hari ini.
Assalamualaikum, my fellow Malaysians pic.twitter.com/pPX5rEe4Tc
— Neelofa (@Neelofa) July 23, 2019
“Saya tidak sedar bahawa tindakan itu boleh mencetuskan masalah lain. Saya mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap kesilapan yang saya lakukan”
Menurut pengacara Meletop tersebut, tindakannya memuat naik beberapa klip dalam filem tersebut ke Instagram tiada lain kerana rasa teruja dan ingin memberi sokongan kepada filem tersebut. Bukan saja-saja muat naik tau!
“Saya tidak sedar bahawa tindakan itu boleh mencetuskan masalah lain. Justeru, saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap kesilapan yang saya lakukan.
“Saya juga berharap orang lain akan belajar daripada kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati pada masa depan,” jelas Neelofa.
“Soo… engkorang ni terus maafkan dia ke apa?”
Berikutan permohonan maaf ini, ramai di kalangan netizen memberi respon positif dan berharap Neelofa tak mengulangi perbuatan tersebut lagi. Walau bagaimanapun, dah nama pun netizen kan, dalam memaafkan pasti ada juga yang tak puas hati dan masih mengutuk.
Sabar jelah ye Lofa. Jangan ulang lagi kesilapan ye.
“It’s okay Kak Lofa! Always support you!”