Mesti ramai yang rasa sebak dan sayu bila nampak orang tua yang duduk dan tinggal di tepi jalan kan? Confirm teringat dekat ibu dan ayah kita..
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang gadis yang memberikan bungkusan makanan kepada seorang pak cik yang tinggal bersendirian telah meraih perhatian warganet.
Video yang tular itu telah mendapat 2.5 juta tontonan dalam masa tiga hari dan meraih lebih 344,000 tanda suka di platform TikTok itu.
@khaleeda_nasuha Nak mintak tolong share sampai anak anak dia jumpe video .Aku dah tak dapat tahan air mata weh#fyp #foryou #foryoupage #viral#foryourpage
Melalui video berkenaan, dapat dilihat gadis tersebut berjalan ke arah pak cik itu yang sedang duduk bersendirian di sebuah jambatan berbumbung sebelum menghulurkan sebuah bungkusan yang dipercayai berisi makanan.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila gadis tersebut bertanya mengenai anak-anaknya.
Apabila ditanya, pak cik itu mengaku mempunyai dua orang anak yang duduk berdekatan namun tidak memlih untuk tinggal bersama atas sebab tidak mahu menyusahkan mereka.
Setelah mendengar jawapannya, ramai netizen berasa sebak dan bersimpati dengan nasib yang perlu dilalui oleh pak cik itu.
“Sayangilah orang tua selagi mereka masih ada” – Netizen
Rata-rata netizen berasa sedih melihat keadaan pak cik itu dan sempat memberikan nasihat kepada orang ramai agar menghargai orang tua mereka selagi masih ada di dunia ini.
‘Berkaca’ pula mata min tengok video ni :’)
Baca : “Best blessing ever” – Lelaki Kongsi Kisah Bawa Mak ‘Foodhunting’ Ini Raih Pujian Netizen