in

“Takkan tinggal atas pokok” – Tular Dakwaan Rumah Disita, Ini Penjelasan Che Ta

syaz ft 2024 12 16T112351.051

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan menjadi bualan ramai susulan dia didakwa berhutang hampir RM 1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tidak berdiam diri dengan dakwaan itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata dia akan mengeluarkan kenyataan berkenaan isu itu.


Artikel berkaitan: Usahawan & Rakan Baik Che Ta, Anas Zahrin Bantu Bayar Hutang Kontraktor RM7K

Aritkel berkaitan: “Duit monopoly ke tu?” –  Che Ta ‘Kantoi’ Tayang Duit Berkepuk Tapi Ada Yang Palsu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Menerusi laporan Kosmo!, Che Ta mendakwa terdapat beberapa perkara dilapor media berhubung kontroversi tersebut tidak tepat yang perlu dijelaskan sendiri.

“Kenyataan yang tipu itu saya marah. Kalau mahu sebar aib tidak apa, cuma jangan tabur fitnah sahaja. Ada yang betul, ada yang tidak. Saya tunggu masa sesuai untuk bersuara. Tunggulah kenyataan saya.

Anda semua belum dengar cerita dari mulut saya lagi. Saya belum keluarkan lagi kenyataan. Tidak apa, sabar. Biar orang buat pahala untuk kita dulu,” katanya.

Pelakon yang juga bekas ratu cantik itu turut menafikan kediamannya disita seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

“Sekarang tinggal dekat rumahlah, dekat mana lagi? Takkan atas pokok pula. Semua komen tidak betul, rumah saya tak kena sita pun. Kalau rumah kena sita, saya tidak tidur di rumah, tidur atas pokok.

Sebab itu, semua berita yang keluar dekat media tak boleh percaya pun. Jangan risau, saya okey sahaja,” kongsinya lagi.

Sebagai info, Selasa lalu, kediaman usahawan terbabit dilaporkan diserbu pegawai MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.