in

“Takkan pakai sehari je” – Gelagat Graduan Ini Buat Kerja Rumah Sambil Pakai Jubah Konvokesyen Buat Netizen Tersengih

3Jubah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahniah diucapkan untuk mahasiswa dan mahsiswi yang bakal dan telah menyambut hari konvokesyen di universiti masing-masing. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan tidak kira tahap pengajian korang.

Untuk korang yang tak ada idea untuk buat sesi bergambar pra-konvokesyen tu, mungkin boleh ikut cara graduan ini. kena gunakan sepenuhnya masa bersama jubah yang disewa untuk kenangan, baru puas hati. Korang boleh tengok cara @meorr sambut pra-konvokesyen dalam video di bawah.


@nikamirulshakir

Pre konvo #uitmdihatiku #konvokesyen

♬ uitmdihatiku – ainn.

Artikel berkaitan: “Rasa macam terbang sekali!” – Ramai Teruja Tengok Gadis Pakai Jubah Konvo Naik ‘Flying Fox’

Artikel berkaitan: Lebih 11,000 Data Pemohon Bocor, UiTM Buat Permohonan Maaf

Takkan pakai sehari je kan

Min tengok graduan ni buat kerja rumah sambil pakai jubah geram je rasanya. Mungkin beliau nak rasa berbaloi lepas bertahun belajar demi segulung ijazah kan. Takpe lah, kita bagi peluang untuk graduan ni seronok ketika konvokesyen.

Screenshot 2023 11 19 At 3.28.54 PmKann.. kucing tu mesti bangga majikan dah habis belajar dan bagi makan sambil pakai baju konvo. 

Screenshot 2023 11 19 At 3.29.22 PmKena naik moto keliling kampung sambil pakai jubah konvo, baru satu kampung tahu kan. Bukan senang tau nak grad dari universiti. 

Screenshot 2023 11 19 At 3.29.40 PmMungkin boleh suruh anak-anak korang atau orang yang korang kenal buat macam ni. Memang unik cara sambut pra-konvokesyen kalau buat macam ni. 

Screenshot 2023 11 19 At 3.30.50 PmKann… dah sewa mahal-mahal, takkan bayar sekali je. Mestilah nak manfaatkan setiap masa jubah tu ada dengan kita, baru lah betul-betul berbaloi. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.