in

“Takkan nak salahkan hujan” – Stadium Bukit Jalil Mungkin ‘Diharamkan’ Dari Kejohanan Peringkat Asia

Stadium bukit jalil diharamkan afc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan Bolasepak Kebangsaan kendalian Kim Pan Gon bakal turun beraksi malam nanti menentang Bangladesh bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan bagi kelayakan Piala Asia 2023.

Disifatkan perlawanan ‘wajib menang besar’, kemenangan ke atas Bangladesh belum tentu melayakkan pasukan kebangsaan untuk ke pusingan akhir nanti kerana mereka perlu berada dalam kelompok lima pasukan naib juara terbaik.


Selain kekalahan ke atas Bahrain tempoh hari, perkara yang menjadi topik hangat dalam kalangan peminat sudah tentu tertumpu kepada keadaan padang yang teruk semasa perlawanan tersebut berlangsung.

FU FjtYagAIBvqN

Tampil menjelaskan keadaan yang berlaku, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi, difahamkan telah menasihati penganjur agar menunda perlawanan tersebut selama 30 minit, namun perkara itu tidak diendahkan penganjur dan ini menyebabkan keadaan padang rosak.

Turut memberikan respon berkenaan keadaan yang teruk SNBJ tersebut, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Windsor Paul John memberi isyarat kemungkinan stadium berkenaan tidak mendapat kelulusan untuk menjadi venue dalam mana-mana pertandingan peringkat asia sekiranya ianya tak dibaikpulih.

10062022 Malaysia vs Bahrain 12 ABDUL RAZAK LATIF

“Saya fikir kalau keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berterusan seperti ini, AFC tidak akan meluluskan lagi perlawanan di stadium berkenaan” – Setiausaha Agung AFC

Menurut John lagi, dia amat terkejut dan mengakui kecewa dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilihat rosak selepas empat perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023.

Sebelum ini, pihak media melaporkan bahawa keadaan padang ditakungi air gara-gara hujan lebat yang turun sejak petang hari perlawanan pada Sabtu lalu. Ini membuatkan petugas perlawanan terpaksa menggunakan penyodok sampah, kertas putih keras dan getah paip untuk membuang air yang bertakung di atas permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Baca : “Sorakan penyokong buat pemain hilang fokus” – Menteri Belia & Sukan

faizal azumu salahkan penyokong

Sumber: Twitter
Sumber: The Vibes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.