in

“Takkan ada plot twist lagi” – Puteri Sarah & Syamsul Yusof Mahu Berdamai Demi Anak

Takkan Ada Plot Twist Puteri Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Puteri Sarah Liyana baru-baru ini mengatakan tiada lagi plot twist mengenai rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof. Mungkinkah kemelut rumah tangga pasangan ini bakal menemui titik noktah?

Memetik Harian Metro, Sarah memaklumkan mereka bersepakat mahu mengakhiri masalah rumah tangga secara baik demi dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.


 “Kami nak jadi kawan baik saja. Insya-Allah takkan ada plot twist lagi. Kami memang capai kata sepakat hendak akhiri kemelut ini secara baik.

“Saya sendiri tidak menyangka ada plot twist dalam kehidupan saya apabila Syamsul hendak berbaik, baru-baru ini.

“Kalau boleh hendak kekal begitu kerana kita tidak mahu bergaduh. Kami sudah membuat keputusan hendak berbaik demi anak-anak,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Puteri Sarah: Terus Melangkah yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Puteri Sarah lancar buku kisah hidupnya

Mengulas lanjut mengenai pelancaran bukunya yang bertajuk Puteri Sarah: Terus Melangkah, katanya buku tersebut mendedahkan kisah peribadinya yang belum dikongsikan kepada umum.

Sarah juga ada memaklumkan mengenai buku tersebut kepada Syamsul dan menyatakan ia bukan mengenai kehidupan mereka.

“Ada juga diselitkan mengenai Syamsul, namun semua yang baik-baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, turut kelihatan ibu dan keluarga mentua Puteri Sarah iaitu Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah pada majlis berkenaan.

Baca: Dakwa Tidak Bertanggungjawab, Puteri Sarah Failkan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof
Sarah Fail Nusyuz Samsol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.