in

“Takdelah marah…” – Nama Bapa Dibuat Main, Azmi Saat Terima Permohonan Maaf Jihan Muse

Azmi Saat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak perkara yang tidak boleh dibuat sebagai bahan jenaka, ianya termasuklah rupa fizikal serta perkara yang lebih peribadi seperti nama atau perihal keluarga.

Pada konsert All Stars Gegar Vaganza (GV) yang lalu pengacara rancangan tersebut Jihan Muse membuat satu jenaka berkenaan artis undangan rancangan itu iaitu Azmi Saat yang merupakan vokalis kumpulan Caliph Buskers.


Artikel berkaitan: “Jangan salahkan Misha, salahkan saya” –  Naqiu Mohon Maaf Aksi ‘Melampau’ Ketika Persembahan GV

Artikel berkaitan: “Kami memerlukan wang itu” –  [VIDEO] Caliph Busker Rayu Penganjur Bayar Duit ‘Show’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Dalam konsert itu, Jihan dilihat mempermainkan nama bapa kepada Azmi iaitu Saat sebelum memanggilnya ke pentas untuk membuat persembahan.

Pun begitu, dalam sebuah temu ramah dengan Hlive, Azmi berkata dia tidak marah dengan tindakan Jihan itu namun boleh membayangkan apa yang bakal berlaku serta reaksi penonton rancangan tersebut.

“Dalam hati saya takdelah marah, sebab saya pun kenal dia. Benda tu pun orang tahu tak boleh dibuat main tapi saya tidak terasa, Jihan pun dah minta maaf dengan saya.

Sejujurnya saya kalau dengan orang sekeliling tiada masalah, cuma bila dibawa ke public tu pasti ramai tak suka,” katanya.

Selain itu, pelantun lagu Hanya Namamu turut mengatakan bergurau itu boleh tetapi perlu berjaga-jaga terutama sekali jika ia melibatkan penonton yang ramai.

Terbaru, Jihan Muse juga mengeluarkan kenyataan berhubung tindakannya pada Ahad lalu menerusi Instagram miliknya.

Dia mengambil kecaman yang diberikan oleh penonton rancangan itu sebagai satu pengajaran buatnya dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

Harap ini menjadi pengajaran buat semua! 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.