in

“Takde terikut bahasa sana” – [VIDEO] Ramai Puji KA Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Indonesia

Khairul Aming Berucap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengusaha Sambal Nyet dan influencer terkenal Khairul Aming sememangnya bukanlah nama yang asing dalam media sosial, beliau amat dikenali kerana perniagaan serta video-videonya yang dilihat telah membantu ramai orang.

Nama Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila beliau telah dipilih untuk menjadi salah seorang wakil content creator Malaysia ke acara TikTok For You Stage di Indonesia, malah beliau juga diberikan peluang untuk berucap di atas pentas berprestij tersebut.


Apa yang menarik perhatian netizen dalam video tersebut ialah Khairul Aming dilihat tidak kekok ketika berucap malah beliau memberikan ucapannya secara penuh dalam Bahasa Melayu.

Video yang dimuat naik olehnya menerusi laman TikTok itu memaparkan usahawan Sambal Nyet tersebut memberikan ucapan penghargaan kepada semua followers serta serba sedikit content bagaimana yang membuatkan beliau begitu berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang content creator. 

“Banyak nilai yang kita sebagai content creator boleh beri kepada masyarakat walaupun dengan video yang sepanjang satu minit sahaja.” katanya.

“Sangat membanggakan!” 

Sudah semestinya video pendek itu mendatangkan rasa bangga netizen Malaysia terhadap influencer tersebut, malah ramai yang memujinya berucap dengan Bahasa Melayu dan tidak terikut-ikut dengan Bahasa Indonesia.

Kaberucap

Cayalah KA! Semoga sentiasa menjadi inspirasi untuk semua!

Baca: Jualan Sambal Dah Cecah RM14 Juta, Khairul Aming Kongsi Cabaran Sejak Awal Operasi

Ft Khairul Aming Buka Kedua Kilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.