in

“Takde skrip pun!” – Ramai ‘Amazed’ Tengok Proses Khairul Aming Buat ‘Voice Over’ Video Memasak

Page Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita bercakap pasal Khairul Aming memang ramai yang akan kaitkan dengan 30 Hari 30 Resepi Ramadan. Setiap video masakannya pun selalu dinanti-nantikan bila tiba bulan puasa!

Pejam celik pejam celik, tahun ini merupakan tahun kelima content memasak tersebut diadakan. Lebih menarik untuk kali ini, ianya terbahagi kepada tiga slot yang berbeza bagi juadah berbuka, live cooking dan juga juadah sahur.


Haa, mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana proses video tersebut dibuat kan? Jom kita tengok sharing dari tweet @kemeyhakim ni…

Ternyata, terjawab lah semua persoalan dari netizen apabila pemilik akaun ini kongsikan ‘behind the scene’ bagaimana Khairul Aming melakukan voice over kepada juadah-juadah yang dihidangkan.

“Sebutan lancar & senang faham”

Dari video berdurasi 52 saat itu juga, boleh dilihat dengan jelas bahawa Khairul Aming dengan spontan mengulas setiap proses yang dilakukan malah tiada kertas sebagai skrip pun yang dirujuk!

“KA takde baca skrip pon. Lancar betul dari awal sampai habis. Ayat clear, isi padat & senang faham. Well done” – Puji netizen

Ramai yang memuji ‘effort’ Khairul Aming dengan menyatakan bahawa dalam kesibukannya menguruskan perniagaan Sambal Nyet, dia masih mampu untuk menyediakan content Ramadan kepada netizen.

Tweet Full 1

Kalau dah passion tu, memang tak ada apa yang boleh halang kan? Min pun memang tak pernah miss tengok content puasa Khairul Aming ni. Hehehe…

Baca: [VIDEO] Berjaya Cecah Jualan RM7.5 Juta, Khairul Aming Kini Ada Kilang Sambal Nyet Sendiri!

Untitled 2 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.