Kebelakangan ini banyak kes kecurian yang melibatkan kad bank atau kad ATM yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Terbaru, seorang gadis berusia 21 tahun kini dicari polis apabila telah melarikan sejumlah wang yang besar selepas mencuri kad bank rakannya.
Dalam perkongsian Facebook Abdul Halim, difahamkan gadis berkenaan telah mencuri wang simpanan adiknya yang merupakan kawannya sendiri.
Mangsa mulanya ingin membantu pelaku yang dikenali sebagai Humaira itu untuk tinggal bersamanya kerana dia mendakwa dia tiada tempat untuk dituju dan dia sedang bekerja di Genting Highland, Pahang.
Mereka menyambut hari puasa pertama bersama, pada 23 Mac mereka keluar untuk membeli barangan dapur bersama-sama dan difahamkan di situlah pencuri tersebut menghafal nombor pin kad bank mangsa.
“Sebelum keluar, si Humairah pinjam beg tangan adik saya. Which is normal practice untuk perempuan pinjam handbag ni semua.
Jadi adik saya hanya bawa purse untuk ke hypermarket. Jadi bila sampai kaunter nak bayar, adik saya bayar menggunakan debit card, lepas tu debit card tu dia letak balik dalam purse.
Kemudian dia minta tolong Humairah untuk pegang purse tersebut sebab nak angkat barang. Si Humairah pula letak purse itu dalam handbag yang dipinjam dan dorang pun balik lah rumah,” tulisnya.
Dengan alasan ingin membeli air, gadis tersebut membawa keluar beg serta kad bank mangsa kemudian mengeluarkan sebanyak RM 5,000 dan pulang seperti biasa sebelum keluar lagi sekali pada malamnya.
Gadis berkenaan kemudiannya ingin sambung bekerja di Genting dan dia telah memulangkan semula beg tangan mangsa tetapi menyimpan kad bank tersebut. Sebelum tiba di tanah tinggi itu, gadis berkenaan keluarkan lagi RM 3,000.
“Masa on the way balik ke Genting, dia singgah di Public Bank Jalan Gombak dan withdraw lagi RM 2000 jam 11:00 pm. Maka licinlah lah duit dalam account saving adik saya,” tulisnya.
Difahamkan, setakat posting tersebut dimuat naik, gadis berkenaan masih belum dijumpai dan dikatakan ini bukan kali pertama dia mencuri, sebelum ini barang kemas ahli keluarganya pun dicuri.
Abang mangsa meminta sesiapa yang menjumpai gadis tersebut untuk menghubunginya.
Baca: Perompak Didakwa Rosakkan Mesin ATM, Curi RM47K Dari Warga Emas